Sunday, September 30, 2012

Wanita Sewaan RM6, 000 seminggu

Bila maruah dibuang dan tiada iman inilah jadinya. Sekadar Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingin gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.
Kekasih kontrak baca sms

Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan. Sumber : Metro

Topik berkaitan

Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini

Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dapatkan 1,000,000 traffic percuma.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Tuesday, September 25, 2012

Ayah Campak Anak, Dipenjara 20 Tahun


Mengapa Penderaan Anak Terjadi ?, Statistik Yang Semakin Menakutkan.
IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat tahun lalu.

Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting, Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.

Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.

Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul anaknya itu dengan menggunakan rotan.

Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).

Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.

Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana bertindak kejam sehingga menyebabkan kematian mangsa.  Sumber : Metro


Topik berkaitan

Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Sunday, September 23, 2012

Emas Berenang Berharga $300,000

Inilah arowana emas yang bernilai RM300,000. Baca asal-usulnya
JIKA durian terkenal dengan jolokan raja buah, arowana emas (klik disini untuk kenali jenis-jenis arowana) Malaysia pula mengungguli carta teratas bagi kategori ikan hiasan.

Nilainya yang mampu mencecah puluhan ribu ringgit seekor menyebabkan spesies ikan yang dikatakan hanya boleh didapati di Tasik Bukit Merah, Semanggol, Perak itu digelar sebagai 'emas yang berenang'.

"Siapa sangka ikan kelisa (panggilan penduduk tempatan bagi arowana emas) yang enak dimasak gulai dan kadangkala dijadikan pekasam oleh penduduk kampung dahulu rupa-rupanya begitu berharga.



"Pada awal 1970-an, ikan ini mudah didapati dan biasa terperangkap di dalam lopak air di bendang padi dan tali air setiap kali selepas musim banjir," ujar Ahmad Don, 58, mengimbas kenangan zaman kanak-kanaknya kepada Jurnal baru-baru ini.

Namun begitu, Ahmad yang ketika itu berusia belasan tahun merupakan antara segelintir individu yang menghidu potensi arowana emas sebagai ikan hiasan.

Dengan membeli anak ikan itu hidup-hidup daripada penduduk tempatan yang mengailnya dari Tasik Bukit Merah, beliau menjualnya semula kepada peniaga ikan hiasan di Pulau Pinang pada harga RM15 seekor.

Rezeki menjual ikan kelisa secara kecil-kecilan itulah sebahagian usaha Ahmad yang menjadi anak yatim seawal usia dua tahun untuk membantu ibunya menyara keluarga. 

"Dari situ minat saya terhadap arowana khususnya spesies emas Malaysia mula bercambah. Kenangan zaman remaja itu telah menjadi inspirasi kepada saya untuk menceburkan diri dalam industri penternakan ikan arowana secara serius pada tahun 2001.

"Sebelum menubuhkan Bukit Merah Aquaculture (M) Sdn. Bhd. (BMA) yang menjadi perintis kepada industri ikan arowana di Bukit Merah ini, saya juga pernah membuka kedai ikan hiasan di Taiping," jelasnya.

Bermula dengan 25 buah kolam yang dibina di atas tanah pusaka arwah bapanya seluas 0.8 hektar, kini Pengarah Urusan BMA itu boleh berbangga kerana memiliki 1,000 buah kolam ternakan ikan arowana.

Walaupun menternak pelbagai spesies arowana seperti mas merah, highback, merah banjar, super red, merah cili, emas highback, perak dan hijau, bagi Ahmad, emas Malaysia ialah spesies yang paling berharga. "Jika spesies lain, seekor anak ikan sebesar 12.7 sentimeter (sm) boleh dijual pada harga RM20 hingga RM1,500, anak ikan arowana emas Malaysia pula berharga RM2,500 seekor.

 "Ikan hiasan itu bukan sahaja telah memberi pulangan jutaan ringgit malah yang lebih berharga daripada itu, ia memberi nilai sentimental yang mengingatkan saya kepada zaman silam," cerita Ahmad.

Induk daripada spesies arowana emas berkenaan mampu dijual sehingga RM24,000 seekor. Malah menurut Ahmad, beliau pernah menjual seekor arowana emas Malaysia yang bersifat albino pada harga RM300,000 pada tahun 2006.

Oleh sebab itu, bibir Pengerusi Persatuan Penternak Arowana Utara itu tidak henti-henti mengukir senyuman apabila Bengkel Standard Kualiti Arowana Emas Malaysia yang diadakan di Bukit Merah baru-baru ini memutuskan untuk menjadikan arowana emas Malaysia sebagai warisan negara.

Bagi bapa kepada 12 cahaya mata itu, penat-jerihnya memartabatkan ikan arowana emas Malaysia di mata dunia selama ini seolah-olah telah berbayar berikutan inisiatif Jabatan Perikanan tersebut.

"Pengiktirafan itu meletakkan ikan hiasan ini di tempat sewajarnya memandangkan ia merupakan merupakan khazanah paling berharga Tasik Bukit Merah," katanya.

Secara tidak langsung, pengwartaan arowana emas Malaysia sebagai warisan negara bakal menyerlahkan lagi nama Bukit Merah di mata dunia.

Dari sudut perniagaan pula, pengusaha ikan arowana di Zon Akuakultur Bukit Merah yang seluas 100 hektar sekarang bakal menerima manfaat besar serta potensi mengembangkan perniagaan mereka.

Selain menjamin nilai arowana emas Malaysia di pasaran antarabangsa, ia juga mampu mengukuhkan lagi penguasaan negara dalam industri berkenaan.

Setakat ini, Malaysia menguasai hampir 70 peratus pasaran arowana dunia biarpun mendapat saingan sengit daripada Indonesia dan Singapura.

Malah, ciri-ciri unik ikan itu akan semakin mudah dikenal pasti peminat ikan hiasan menerusi pengenalan Standard Spesifikasi Ikan Arowana Emas Malaysia atau DOF STAN 1:2012 kelak.

"Sebelum ini, ada beberapa kes peminat ikan hiasan khususnya yang baru berjinak-jinak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menipu menjual pada harga tinggi ikan arowana hijau yang diakui kononnya emas Malaysia.

 Beliau yang juga salah seorang panel Jawatankuasa DOF STAN 1:2012 memberitahu, ikan arowana emas Malaysia boleh dikenal pasti daripada sisiknya yang berwarna keemasan dan semakin terserlah pada peringkat pramatang dan dewasa.

Selain itu, ikan yang turut dikenali sebagai dragon fish dan dragon bonytongues itu mempunyai sesungut dan lidah yang keras seperti tulang. Ia juga mampu membuka mulutnya dengan luas dan mempamerkan struktur giginya yang halus tetapi kuat.

Boleh dikatakan hampir 80 peratus daripada 336,000 ekor ikan arowana pelbagai spesies bernilai RM151 juta yang dikeluarkan setiap tahun oleh Zon Akuakultur Bukit Merah dibeli oleh pelanggan dari China.

Senario itu tidak menghairankan kerana ia berkait rapat dengan sentimen kaum tersebut yang percaya arowana adalah lambang kekayaan dan mempunyai feng shui yang baik untuk membantu kejayaan pemiliknya.

"Orang Cina percaya ikan yang menyerupai naga ini lambang kepada kesihatan yang baik, mampu menjamin keharmonian keluarga dan memberi perlindungan daripada sihir," ujar Ahmad.

Bercerita tentang penjagaan arowana, Ahmad berkata, ikan hiasan itu sesuai membiak di negara yang beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Untuk kisah lebih lanjut sila klik disini.

Topik berkaitan
1. Taukeh Arowana hadapi 21 kes penipuan
2. Asal-Usul Arowana Emas
3. Tips penjagaan Ikan Arowana


Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Tuesday, September 18, 2012

Aksi Pengguna Tandas Hotel Mewah Diperhatikan.

Hotel Standard Manhattan New York

NEW YORK: Ketika pelawat sebuah hotel eksklusif di New York boleh menikmati pemandangan indah dari tandas di tingkat 18 bangunan itu, keadaan yang sama tidak dirasai orang lain yang ada di sekitar kawasan berkenaan.

Pelanggan Kelab Boom Boom Boom di Hotel Standard di Manhattan dapat melihat ke luar melalui kaca yang menjadi lantai, dinding dan siling di tandasnya.

Pada masa sama, kaca itu juga membolehkan orang lain melihat aksi mereka di tandas. Keadaan itu membimbangkan sesetengah pengguna tandas kerana tiada sebarang notis diletakkan mengenai situasi berkenaan. Lebih memalukan, sesetengah aksi mereka turut dirakam orang tidak dikenali yang melihat mereka dari bawah. Pelancong dari Melbourne, Australia, David Langdon, 55, berkata melihat ke luar dari tandas itu memang menyeronokkan.

“Tetapi pemandangan di dalam tandas amat menakutkan,” katanya. Menurut Langdon, dia melihat pejalan kaki melambai ke arahnya dari bawah.



Katanya, keadaan itu bukan sesuatu yang diharapkan apabila seseorang membuang air. Deretan mangkuk tandas pada dinding bilik itu dibina berhampiran dengan tingkap kaca dan ia membolehkan orang lain melihat setiap pergerakan yang ada di situ. Pemilik premis itu juga tidak memasang langsir atau bidai bagi melindungi pengguna tandas berkenaan. Menurut sumber, hotel berkenaan memang popular di kalangan selebriti.

Antara bintang yang pernah menggunakan tandas itu ialah Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz. Walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati, sesetengah pengguna lain tidak keberatan aksi mereka dalam tandas menjadi tontonan. Malah, ada antara mereka sempat melambai ke arah orang lain yang melihatnya dari bawah. Pengurus hotel berkenaan pula enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi media. - Metro

Sumber  : Wikipedia, Metro

Iklan Ringkas 
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Sunday, September 16, 2012

Malaysia sekat filem Innocence of Muslims

Filem Yang Membuat Orang Islam Mengamuk , Baca kisah filem ini!
Malaysia menyekat penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata beliau sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berunding dengan semua pihak berkuasa supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui YouTube atau saluran lain.

Google menyekat klip video filem itu dalam YouTube di India, Libya dan Mesir, manakala Kerajaan Afghanistan menyekat sepenuhnya seluruh laman YouTube.

Baca Julia Perez yang hina Islam
 Rais berkata, adalah menjadi tanggungjawab YouTube untuk mengeluarkan filem itu daripada arkibnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, YouTube dilihat seolah-olah tidak peduli dengan kekecohan dan bantahan yang berlaku di negara-negara Islam ketika ini.


Video itu yang dimuat naik ke YouTube baru-baru ini, mencetuskan bantahan besar-besaran di negara Islam kerana memberikan gambaran negatif mengenai Islam.

Menyatakan langkah mengeluarkan video itu daripada YouTube tidak termasuk dalam keupayaan teknikal kami, Rais berkata SKMM bertanggungjawab daripada segi undang-undang mengambil langkah sesuai dan pencegahan untuk menyekat kandungan video itu daripada diakses di Malaysia.

Rais berkata, sekatan terhadap filem itu bertujuan memberi amaran kepada mana-mana pihak, sama ada di dalam atau luar negara bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana elemen negatif yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum.


Penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula. Baca Biodatanya


Impak negatif


Kerajaan tidak mahu penyiaran filem itu mendatangkan impak negatif jangka panjang, katanya kepada pemberita di Bintulu, Sarawak, semalam.


SKMM pula memaklumkan sudah meminta kerjasama pihak luar negara agar kandungan filem itu tidak dapat diakses di Malaysia.


Pengerusinya, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata pihaknya sudah mengambil tindakan segera apabila filem itu mendapat kecaman dari seluruh umat Islam di dunia.


Kandungan filem itu di luar negara, jadi pihak luar sedang membantu kita... dari segi teknikal ia memerlukan masa, katanya kepada BERNAMA, malam tadi.


Dalam pada itu, penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula, menyerah diri secara sukarela kepada pihak berkuasa di Los Angeles, semalam.


Ketika dibawa keluar dari rumahnya, Nakoula, 55, kelihatan menutup mukanya, selain memakai topi.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pembikinan filem berkenaan jelas berniat jahat untuk menimbulkan provokasi terhadap umat Islam supaya melakukan sesuatu tindak balas untuk memburukkan agama Islam.


Kita di KDN belum menerima permintaan untuk (kelulusan) menayangkan filem ini tetapi jelas kemarahan umat Islam membuak-buak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, semalam.


Di MEMBAKUT (Sabah), Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata pihak yang bertanggungjawab menghasilkan filem menghina Islam itu perlu melakukan sesuatu bagi membetulkan keadaan demi keamanan sejagat.


Dalam hal ini, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sudah mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan filem itu.


Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis, berkata penerbitan filem itu adalah antara contoh kebebasan bersuara yang kadang kala tidak membawa manfaat kepada rakyat. Bharian

Iklan Ringkas 
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Monday, September 10, 2012

Kantoi : Siswi dicekup bersama pasangan di hotel

 
Pergaulan bebas punca maksiat dikalangan remaja.
DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Semoga mereka segera bertaubat
Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan,  tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu. Sinar Harian 

 Topik berkaitan

Iklan Ringkas 
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Tuesday, September 4, 2012

Kes Ragut Awak isteri dunia, akhirat

Baca apa punca kes ragut & bagaimana penyelesaiannya ?
“Pada malam Sabtu lalu, arwah memberitahu saya isterinya di dunia dan akhirat, sedangkan dia tidak pernah menyebutnya selepas tujuh tahun kami berkahwin.”
 
Begitu kata Noor Baizura Rahim, 30, isteri Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Karangan, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, yang menghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua hari sejak Ahad lalu.

Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam, selepas 41 jam koma di Unit Rawatan Rapi (ICU ) Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH), di sini.

Mangsa parah di kepala akibat terjatuh selepas ditendang ketika cuba menangkap peragut di pekan Bedong, dekat sini. (Kisah rakan pejabat kena ragut)

Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu berhampiran Pejabat Pos Bedong apabila mangsa yang minum di gerai berhampiran membantu mengejar dua peragut yang melarikan beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal. (Baca cerita peragut kena baling dengan basikal)

Kepala mangsa terhempas di atas jalan selepas terjatuh akibat ditendang seorang daripada peragut dalam kejadian itu. Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Kuala Muda, Deputi Superintendan Ricky Teh yang dihubungi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di ICU HSAH selepas menerima rawatan sejak dua hari lalu akibat parah di kepala. (Baca punca-punca ragut)


Menurutnya, polis sudah menahan seorang suspek dipercayai anggota tentera berusia 26 tahun yang turut menerima rawatan di HSAH kerana cedera di muka dan badan, selain memburu rakannya yang melarikan diri.  Sumber : Metro
Allcoins.pw