Tuesday, May 29, 2012

Anjing gila baham gembala lembu

Sekadar gambar hiasan : Ayam betina melawan anjing garang

KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam. (anjing baham warga asing)

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini. (anjing mati kerana merajuk)

Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka. (Pelajar mati kerana merajuk)

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari. Sumber

Komen : Masaallah. Mesti anjing gila nie (apa itu anjing gila)

Kisah-kisah lain,
Manusia suka makan ovari ?

Friday, May 18, 2012

Hangat Pasangan termuda ! 16 tahun dan 18 tahun bernikah

Selembar kisah masyarakat, apa pendapat anda mengenai kahwin muda ?

BACHOK: “Walaupun pernikahan ini bakal menjadi buah mulut penduduk kampung, saya sanggup menghadapinya. Jodoh saya sudah tiba dan saya melakukannya demi keluarga,” kata seorang gadis berusia 16 tahun yang bergelar ‘pengantin remaja’ selepas bernikah dengan pasangannya berusia 18 tahun, malam tadi, lantas mengatasi rekod perkahwinan muda sebelum ini di awal Mei 2012.

Gadis yang mahu dikenali sebagai Ekin itu berkata, dia yang berasal daripada keluarga miskin sanggup menjadi isteri kepada rakan sekampungnya yang dikenali sebagai Izat pada usia yang masih mentah walaupun sedar bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran.
“Saya anak sulung lima beradik dan adik bongsu saya baru berusia dua tahun.

“Demi keluarga, saya sanggup berkahwin pada usia muda supaya bebanan terpaksa ditanggung ayah lebih ringan apatah lagi dia sudah berkahwin baru selepas kematian ibu pada 2008,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurutnya, biarpun mengambil keputusan berkahwin, dia dan suaminya bakal berjauhan kerana suaminya itu kemungkinan melanjutkan pelajaran ke Perak selepas mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini. Sumber

Sunday, May 13, 2012

Usahawan Hartanah Gadai Harta 3 juta Hutang Along

Iklan along merata - rata untuk `perangkap' orang ramai. Lihat ganjaran dari MPSJ
KUALA LUMPUR: Seorang usahawan hartanah kini pasrah apabila hilang projek bernilai RM11 juta sehingga terpaksa pula menggadaikan harta bernilai lebih RM3 juta gara-gara membuat pinjaman dengan along dan kini masih dikejar 58 along setiap hari bagi menuntut baki pinjaman berserta faedah sebanyak RM3 juta.

Itu pengajaran paling besar yang diterima usahawan berkenaan selepas memperjudikan nasib keluarga dengan meminjam sejumlah besar wang daripada ceti haram.

Lebih malang, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Ghani, 47, itu turut berdepan kerenah melampau kumpulan terbabit yang meminta bayaran harian RM80,000 dengan nilai faedah mencecah 40 peratus sehari. (Mengapa orang masih meminjam Along)

Siapa tak `cair' dapat duit sebanyak ini. Klik sini untuk program cari duit sampingan tanpa kos.
“Saya mula terjebak dengan along tiga tahun lalu apabila syarikat gagal memperoleh pinjaman bank untuk melaksanakan beberapa projek. (Kami bukan along Kami cuma nak tolong)

“Jumlah pinjaman ketika itu RM50,000 dan saya tidak pernah gagal melunaskan bayaran bulanan seperti di tetapkan along,” katanya ketika ditemui di Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM - lihat fungsi PPIM,Borang jadi ahli) di sini, semalam. Sumber : 

Berita Berkaitan 

Tuesday, May 8, 2012

Bapa Naik Hantu Tetak Dua Anak

Agaknya inilah rupa Sang suami bila dia marah. Ingin tahu siapa yang menjadi Hulk ?

KANGAR: Seorang bapa sanggup menetak dan melibas dua anak lelakinya berusia dua dan empat tahun sehingga parah menggunakan pisau dan getah paip semata-mata mahu melepaskan geram selepas bertengkar dan membelasah isterinya di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini. (Kisah HULK) & 7 tips mengenali laki baran.


Dalam kejadian jam 2 petang, Khamis lalu, lelaki terbabit yang berusia 40-an pada mulanya bertengkar dengan isterinya yang berusia 39 tahun sebelum dia hilang pertimbangan lalu membelasah wanita itu. (Bagaimana untuk  mengesan teman lelaki anda ada baran ker tidak)

Difahamkan, isteri terbabit dan dua anaknya banyak kali menjadi mangsa belasahan suspek yang panas baran, namun dalam kejadian Khamis lalu, sikap barannya itu keterlaluan apabila tergamak menetak dua anaknya menggunakan belakang pisau serta melibas mereka dengan getah paip sehingga parah. (Rawat anak anda dari penyakit baran)


Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, selepas memukul isterinya, suspek mencapai pisau di dapur rumahnya lalu menetak kedua-dua anaknya pula menggunakan belakang senjata itu. Sumber

Bapa kelar isteri

* Ingin traffic ke blog anda percuma - klik 1 , 2 & 3 * Ebook & Tutorial Millionaire

Sunday, May 6, 2012

Rogol Murid Tahun Tiga Tepi Tangga.

Kejadian Rogol Keatas Murid Sekolah Semakin Menjadi Salah Siapa ? . Sekadar Gambar Hiasan.




ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.


Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

Komen : Dalam kawasan sekolah pun dah tak selamat. Baru berumur 14 tahun sudah pandai merogol !! Masaallah !. Kalau ikut  Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Kisah berkaitan 

4 Murid Rogol bergilir-gilir pelajar tahun 1,

Tuesday, May 1, 2012

Melabur Jadi Lebur

IPOH: Ribuan mangsa penipuan pelaburan emas ‘mengamuk’ apabila tarikh akhir pembayaran semula wang pelaburan yang dijanjikan semalam, didapati satu lagi sandiwara pihak syarikat pelaburan terbabit sejak lebih setahun lalu.

Kebanyakan mangsa yang meminjam daripada ceti haram (along) dan kemudian melaburkannya semula bersama wang simpanan dalam skim pelaburan menawarkan pulangan dividen 36 peratus setahun itu, berang apabila syarikat terbabit melarikan diri selepas gagal melunaskan bayaran dijanjikan.

Kebanyakan mangsa mendakwa dipermainkan kerana syarikat skim pelaburan emas yang berpangkalan di bandar raya ini, gagal membayar semula ganti rugi pelaburan kira-kira RM411.19 juta daripada 6,740 pelabur seluruh negara.

Pelabur Yang Berputih Mata
Ratusan pelabur yang menunggu di hadapan ibu pejabat syarikat pelaburan itu di Jalan Sultan Yusof, di sini, kecewa apabila operasi syarikat itu ditutup dan pengarahnya menghilangkan diri.

Jurucakap mangsa pelaburan emas Bestino, K Kunasegaran berkata, wakil syarikat itu sebelum ini memberi jaminan kepada pelabur bahawa mereka sedang menguruskan kemasukan wang pelaburan dari Hong Kong ke negara ini untuk menunaikan janji memulangkan wang pelaburan pada 30 April (semalam).

Menurutnya, ribuan pelabur mengemas kini akaun bank masing-masing sejak kelmarin bagi membolehkan wang pelaburan itu dibayar semula ke dalam akuan bank.

“Malangnya, tiada wang pelaburan dimasukkan ke dalam akuan bank semalam seperti yang dijanjikan pada 13 Februari lalu. Malah, pejabat syarikat itu ditutup dan kami seolah-olah dipermain-mainkan sekali lagi.

“Kami beri tempoh empat hari kepada pihak syarikat. Kami akan datang semula pada 5 Mei ini untuk menuntut wang kami semula,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
Menurutnya, kes itu sudah mendapat liputan meluas media dan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kewangan perlu campur tangan bagi membantu mangsa yang tertipu.

Pengarah Bestino Golden House Sdn Bhd (lihat profil syarikat Bestino Golden House, Komen dari Bank Negara) , Chong Yuk Ming, sebelum ini berjanji akan membayar setiap ringgit pelaburan yang dibuat dan berharap setiap pelabur dapat bersabar sedikit sementara menunggu keseluruhan wang itu dapat dikembalikan semula.

Menurutnya kakitangan syarikat itu di luar negara sedang berusaha mendapatkan wang, termasuk mencairkan aset syarikat di luar negara untuk membayar semula wang pelaburan itu. 

Kenyataan Rasmi Syarikat : Sumber 

Pengarah syarikat pelaburan itu pernah menunjukkan dokumen berhubung wang sebanyak AS$146 juta (RM438 juta) yang didakwa akan dikeluarkan dari sebuah bank di Hong Kong bagi membayar balik wang pelaburan mangsa. Sumber:     Berita `Gold Scam Investment




Allcoins.pw