![]() |
Mengapa Penderaan Anak Terjadi ?, Statistik Yang Semakin Menakutkan. |
IPOH: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah
Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah mendera dan mencampak
anak lelakinya ke dinding rumah hingga menyebabkan mangsa mati, empat
tahun lalu.
Tertuduh, Kamalruddin Mohamed Ghani, 31, berasal dari Kamunting,
Taiping, mengaku bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun
Keseksaan kerana menyebabkan kematian Rizaudin, tiga tahun.
Kamalruddin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di No. 345, Kampung Baru Sambungan, Kamunting, Taiping, pada kira-kira jam 5 petang antara 1 hingga 2 November 2008.
Berdasarkan fakta kes, Kamalruddin didapati mengangkat dan
membaling anaknya itu ke dinding rumah berulang kali termasuk memukul
anaknya itu dengan menggunakan rotan.
Tindakan itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia apabila dibawa ke Hospital Taiping (HT).
Laporan bedah siasat menunjukkan tubuh mangsa dipenuhi beberapa kesan lebam lama dan baru di muka, badan dan kaki akibat dipukul selain kesan lecur pada kedua-dua tapak tangan dan kaki.
Hakim Datuk Zainal Azam Abd Ghani berkata, beliau terpaksa mengenakan
hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana bertindak kejam sehingga
menyebabkan kematian mangsa. Sumber : Metro
Topik berkaitan
Iklan Ringkas
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
No comments:
Post a Comment