Friday, January 31, 2014

Ayah Kandung Kelar Anak Sampai Mati


Bayangkan tubuh kanak-kanak dikelar macam ini

Sedih sungguh bila baca berita ini.  Ayah sendiri yang membunuh anak kandung inilah dikatakan `harapkan pagar, pagar yang makan padi' . Tergamak dia kelar anaknya sendiri, agak dia tak betul kot.

Harap-harap tak ada kes seperti ini berlaku lagi. 

Nota : Dari kelar anak, baik kelar ikan..bagus juga senang nak makan

Berita asal dibawah.

Seorang bapa tergamak mengelar hingga mati anak perempuan bongsunya yang berusia tujuh tahun dengan sebilah parang dalam tragedi menyayat hati di sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi di sini semalam.
 
Dalam kejadian pada pukul 4.15 petang itu, suspek, 44, yang menganggur sejak dua tahun lalu turut mengelar dua lagi anak perempuannya berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan. 

Akibatnya, jari tangan anak mangsa yang berusia 10 tahun terputus. Semasa kejadian isteri mangsa tiada di rumah kerana bekerja di Cyberjaya.


Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar (gambar kecil) berkata, kejadian itu disedari anak perempuan suspek berusia 15 tahun yang baru pulang dari sekolah menengah agama berdekatan.
Katanya, ketika tiba di rumah, anak perempuan suspek amat terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan sebilah parang di tangannya di dalam rumah.
"Anak suspek itu kemudian bergegas masuk ke rumah dan terkejut mendapati dua adik perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun terlentang berlumuran darah di ruang tamu.

Sumber : KOSMO 

Tajuk berkaitan, 
Tubuh warga emas dibelah dan jantung ditarik keluar. 
Tips Goreng Ikan Cantik tak melekat 
Ikan Keluar Dari Badan Orang 
Bapa rogol anak lelaki
 
Iklan Text
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! 
Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami  
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM! 
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI... 
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda ! 
Seminggu $500 Wow !!  
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,  
Endless Earning  programs

Sunday, January 12, 2014

`Sexting' Mendorong Kepada Aktiviti Seks


Ini merupakan kajian yang di jalankan di Amerika Syarikat.
 
 Benarkah perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau 'sexting (Lihat definasi)' mendorong aktiviti seksual? Kajian terbaru di dalam The Journal of Pediatrics mendapati jawapannya mungkin betul apabila ia membabitkan bukan saja pelajar sekolah tinggi tetapi juga murid sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun. 

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah. Responden menjawab beberapa soalan seperti “dalam enam bulan terakhir, pernahkah anda mengirim mesej seksual untuk mengurat seseorang?, pernahkah terbabit dengan pelbagai aktiviti seksual seperti bercium dan hubungan seks serta sama ada mereka menjalinkan hubungan romantik yang kasual atau serius.

Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius

Hasilnya, 22 peratus daripada responden menghantar ‘sexting’ dengan 17 peratus daripadanya hanya menghantar teks manakala 5 peratus lagi menghantar teks berserta gambar lucah. Kata saintis, lebih membimbangkan adalah ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Menurut pengkaji, kumpulan ini 4 hingga 7 kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain. Pelajar yang mengaku menghantar gambar menunjukkan kadar lebih tinggi dalam melakukan aktiviti seks. Remaja yang mengamalkan ‘sexting’ juga berasakan ahli keluarga dan rakan sebaya cenderung membenarkan perlakuan banyak lagi aktiviti seksual.


Muat naik foto seksual yang melampau seolah-olah amalan lazim dikalangan remaja dan pra remaja di media sosial, sebahagiannya kerana pegawai sekolah dan ibu bapa tidak memantau penggunaannya. Michael, 16, pelajar sekolah tinggi di New York, berkata ‘sexting’ popular di sekolah tinggi dan dianggap suatu perkara remeh.

“Ramai memuat naik foto diri sendiri di ruang Facebook, walaupun sekolah menegur perbuatan buli, ‘sexting’ tidak pernah dibincangkan mahupun dihukum,” katanya.

Akibatnya remaja yang tidak cukup matang untuk memahami akibat daripada bertukar mesej berbaur seksual, mereka terdedah kepada pemangsa seksual, kata saintis lagi.

“Memang remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan akibatnya membawa kepada akibat negatif yang serius,” kata mereka lagi.


Di San Diego, 12 pelajar sekolah tinggi Daerah San Dieguito Union mungkin didakwa apabila remaja perempuan menghantar gambar bogel mereka kepada teman lelaki yang kemudian disebarkan ke enam lagi sekolah tinggi dan sebuah sekolah rendah. Berkongsi gambar bogel remaja kini diklasifikasikan sebagai menyebarkan gambar pornografi kanak-kanak di sesetengah negeri.

Bagaimana sekolah dan ibu bapa membendung gejala ‘sexting’? Ada ibu bapa yang menggunakan aplikasi seperti EyeGuardian, yang dibangunkan dua bapa dan cepat menyedarkan ibu bapa setiap kali kandungan lucah serta ada unsur penyalahgunaan dikongsi anak di akaun Facebook.

Selain itu, aplikasi ZipIt juga mensasar kepada remaja. Jika remaja menerima teks dari seseorang yang meminta foto lucah, aplikasi akan mencadangkan mesej alternatif seperti gambar bakul sampah berserta teks ‘inilah gambar sampah saya.’ - AGENSI 
 Sumber : BH
Tajuk berkaitan, 
Allcoins.pw