Tuesday, July 31, 2012

Solat Tarawih 100 Rakaat

Bulan Ramadhan bulan mulia dan penuh fadhilat. Sila ke SINI untuk download percuma disini.
BERPUASA pada siang hari dan beribadat sebelah malamnya dengan mengerjakan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan merupakan dua amalan yang penuh dengan keistimewaan serta keberkatan.

Kedua-duanya begitu sinonim dan sukar dipisahkan kerana ia memberi manfaat tersendiri kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah tersebut. 

Jika tertinggal atau tidak mengerjakan salah satunya, maka puasa atau solat tarawih yang dilakukan bukan sahaja terasa kosong, malah sia-sia. Sebaliknya, seseorang itu hanya mendapat kepenatan.

Bagi Haniff Abu Talib, 23, pelajar jurusan Ijazah Takhassus Qiraat Shoubra di Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir, ketibaan Ramadan amat ditunggu-tunggu walaupun beliau berada di perantauan.
Waktu ramadhan malam di Yamen diterangi dengan lampu-lampu
Bagi masyarakat Asia Barat, Ramadan begitu istimewa terutama dalam mengerjakan ibadah tarawih.

"Sepanjang menuntut di Mesir sejak dua tahun lalu, saya berpeluang mengunjungi daerah Tarim di Hadramaut, Yemen. Pengalaman pertama kali berada di Masjid Tarim sangat mengujakan kerana kami langsung tidak tidur malam.

"Masyarakat Yemen melaksanakan ibadah sebanyak-banyaknya pada malam-malam bulan Ramadan. Selepas solat Maghrib, mereka terus melakukan solat tasbih beramai-ramai. Kemudian, selepas Isyak, solat tarawih dilakukan sebanyak 100 rakaat.

"Mereka seolah-olah mengqada semua solat-solat sunat yang ditinggalkan dahulu bagi merebut pahala ibadah berlipat kali ganda yang dijanjikan Allah pada bulan ini. Bayangkan hebatnya masyarakat Islam di Hadramaut menunaikan ibadah," jelas Haniff yang berjaya khatam al-Quran Riwayat Imam Qolun dan Imam Abu Ja'far secara talaqqi di hadapan Sheikh Waeel Hajjaj di Mesir. 

Baca lebih lanjut disini : Solat Tarawih 100 Rakaat
  
Tajuk berkaitan
1. Kekeliruan Solat Tarawih
2. Dalil mengerjakan solat tarawih
3. Ikuti 10 Masjid tercantik didunia, Kisah diambang Ramadhan

Friday, July 27, 2012

Bapa Setan, Ajar Anak Mencuri??

Ini hasil seni seorang bapa kepada anaknya
KOTA KINABALU - Seorang bapa seharusnya memberi contoh baik kepada anak-anak namun lain pula yang berlaku kepada seorang ketua keluarga yang menurunkan ilmu menjadi penjenayah kepada ketiga-tiga anak lelakinya. 

Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai memberi latihan kepada ketiga-tiga anaknya yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk mencuri motosikal untuk dijadikan sumber rezeki. 

Bapa dan tiga orang anak lelakinya itu diberkas pada pukul 12.40 pagi, 25 Julai lalu di sebuah kedai berhampiran kawasan Taman Putera Jaya, Telipok.

Ketiga-tiga anak lelaki tersebut masih bujang. Empat beranak itu penganggur. 

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penangkapan empat beranak itu ekoran laporan seorang mangsa yang kehilangan sebuah motosikalnya di sebuah institusi pengajian tinggi di bandaraya ini baru-baru ini.

Menurut beliau, bersama dengan penangkapan tersebut polis merampas tiga buah motosikal curi jenis Honda EX5 bersama empat beranak terbabit.

"Soal siasat terhadap empat beranak berkenaan membawa kepada penahanan suspek kelima berusia 26 tahun di tepi jalan di Taman Putera Jaya," kata beliau,

Suspek kelima itu dipercayai bersubahat dengan empat beranak itu untuk melakukan jenayah curi motosikal sejak April lalu. 

Nilai rampasan membabitkan tiga buah motosikal itu berjumlah RM10,000.

Ahmad Sofi memberitahu, modus operandi pencuri motosikal itu ialah menyasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan tersembunyi di sekitar bandar raya ini. 

"Penjenayah tersebut menggunakan pemutar skru bagi membuka enjin motosikal sebelum menyambungkan wayar untuk menghidupkan enjinnya," kata beliau Sumber : Kosmo

Tajuk berkaitan

Iklan
Iklan : Program kutip duit dengan klik sahaja, dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda, `Endless programs.

Monday, July 23, 2012

Pengambilan Syabas Ditolak Kerajaan Pusat

Ikuti Sejarah Penubuhan SYABAS
Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi seperti kenaikan tarif air dan pampasan.

Rakyat teraniaya kerana keegoan bila isu air dipolitikkan
"Walaupun ada klausa 32 dalam perjanjian konsesi, kerajaan negeri boleh ambil alih tetapi kita dapat nasihat ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan prosedur yang tidak dapat dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.

"Apa pun kita meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad dengan segera," katanya pada sidang media selepas jawatankuasa tersebut mengadakan pertemuan di sini semalam.

Loji air di Dengkil beroperasi melebihi kapasiti

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala.

Muhyiddin memberitahu, krisis air di Selangor kini berada dalam keadaan kritikal apabila lima daripada 34 buah loji rawatan air di negeri tersebut terpaksa mengeluarkan bekalan air terawat melebihi kapasiti sebenar. Sumber Kosmo

Topik berkaitan,

Iklan : Program kutip duit dengan klik sahaja, dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda, `Endless programs.

Tuesday, July 17, 2012

Pusat Pelupusan Sampah Terbusuk Didunia

Kisah mencari emas di sungai sampah
SHANGHAI, China - Beberapa penunggang basikal dan motosikal menutup hidung mereka apabila mereka melalui sebuah pusat pelupusan sampah di Songjiang (Lihat Songjiang) di sini.

Apabila angin bertiup, penduduk boleh menghidu bau yang busuk dari pusat pelupusan yang sebesar padang bola dan berketinggian 19 kaki.

Lihat gambar lain sila klik disini

Bau sampah itu cukup kuat sehingga boleh menyebabkan seseorang itu muntah dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan. 

"Semua sampah di Songjiang dihantar ke sini. Ini ialah daerah perumahan. Menurut beberapa penduduk, jika mereka menghidu bau sampah itu, bayi anda yang akan dilahirkan kelihatan ganjil," kata seorang penduduk, Chen Chunhui.

Ratusan orang menunjuk perasaan pada Mei lalu manakala puluhan lagi pada awal Jun lepas bagi membantah operasi pusat pelupusan sampah itu. - Kosmo

Baca berita asal disini : ChinaPress, Taipe Times
Iklan : Program kutip duit dengan klik sahaja, dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda, `Endless programs.

Friday, July 13, 2012

Mati Dibunuh Selepas Terima SMS

HULU SELANGOR – Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan berlumuran darah atas lantai di sebuah bilik di tingkat satu kilang perabot yang disewa mangsa. Mayat itu ditemui oleh rakan sekerja pada pukul 10 pagi.


Ketua polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman di belakang badan, tiga kesan luka di kepala dan dua kesan luka di dahi.

“Pada pukul 11.50 malam tadi (kelmarin), mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada majikannya berbunyi: ‘Khi kilang orang aye tun naung kacau saya bos’,” kata Norel ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemeriksaan di bilik tempat mayat mangsa ditemui mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Kosmo

Wednesday, July 11, 2012

Kes Penceraian Sasha Dengan Salyo : Tiga Tahun Tidak Sebilik


Tinggal kenangan : Ikuti kontrovesi perkahwinannya digereja.

KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam. 

Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.

Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.

 “Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?” tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah. Sumber : Metro

Bagi Shasha inilah perkahwinannya yang kedua, yang hanya bertahan selama 5 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun. Sumber : Izan

Topik berkaitan,


Monday, July 9, 2012

Guna Facebook waktu kerja pejabat ?

Ingin tahu Sejarah Facebook? Klik disini

Ini pula kisah dari London, dimanakan pekerja-pekerjanya diwajibkan untuk  memeriksa facebook, Bagaimana pula di Malaysia ?

London : Penjawat awam Britain diarahkan melayari web rangkaian sosial Facebook ketika waktu pejabat untuk mengetahui keperluan rakyat.

Ketua perkhidmatan awam baru, Sir Bob Kerslake, menulis kepada ketua agensi kerajaan di Whitehall, supaya pekerja dapat berhubung dengan orang ramai dalam laman web rangkaian sosial itu. “Jutaan orang menggunakan media sosial dan cenderung berbual dengan pegawai kerajaan mengenai perkhidmatan awam yang diperlukan dan cara ini memudahkan mereka.
“Ia boleh berjaya jika ia membabitkan dua pihak yang benar-benar jujur. Ini bermakna, kakitangan awam patut terbabit dalam proses memperluas akses kepada media sosial,” kata jurucakap Kabinet.

Wakil pembangkang yang juga Pengerusi Konservatif bagi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Bernard Jenkin, menganggap cara itu memberi kebaikan tetapi menuntut supaya sistem terbabit tidak disalahgunakan.

“Tiada alasan laman Facebook tak perlu diwujudkan bagi setiap perundingan. Ini adalah cara baik mendapatkan pandangan luar Whitehall,”

Kerslake memberi jabatan berkenaan sehingga September ini, untuk menyesuaikan sistem keselamatan antivirus komputer bagi membenarkan capaian ke Facebook.
Beliau menyokong pembabitan orang awam menerusi rangkaian sosial dan percaya ia membantu kerajaan berinteraksi dengan penduduk.

Beliau mahu pegawai Whitehall meletakkan lebih banyak maklumat ketika rundingan menerusi internet.

Memo Kerslake menjurus kepada ribuan kakitangan generasi muda yang mempunyai capaian kepada Facebook sehingga tiga bulan pada satu masa.

Mereka yang terbabit dalam rundingan awam, dibenarkan menggunakan laman web rangkaian sosial termasuk Twitter. - Sumber  

Kesan buruk Facebook kepada pelajar, penjawat awam, remaja, masyarakat

Wednesday, July 4, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering dalam kenangan. Al-Fatihah

Pada hari ini 29 Jun 2012, kita kehilangan seorang seniman iaitu pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim (54)  menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3.45pm di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Jenazah Allahyarham kini berada di hospital tersebut dan akan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk disempurnakan.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini. Berita sedih ini disahkan oleh anak kelima Allahyarham iaitu Norhabriyah.

Minggu lalu, pelawak itu diberitakan telah meninggal dunia dan khabar angin itu telah tersebar di laman sosial. Allahyarham dikatakan meninggal disebabkan oleh `tuberculosis'

Apa2 pun sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Osman Kering. Al-Fatihah....

Sumber : Gua

Tandas Berapi

Lelaki Iran membakar sebagai tanda protes : Sekadar gambar hiasan.
Hairan juga macam mana dalam tandas boleh terbakar ? Apa pun benda dah berlaku. Jom baca kisah selanjutnyer

Seorang pekerja stesen minyak yang menyedari kepulan asap dari tandas stesen berkenaan terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbakar hampir keseluruhan tubuhnya sebaik berjaya membuka dengan menendang pintu yang berkunci dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Batu 1, Jalan Apas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa berusia 20-an mengerang kesakitan dan berada dalam keadaan nyawa-nyawa ikan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tawau, di sini, akibat 80 peratus tubuhnya terbakar. 

Menurut saksi, Mohd Zarif Sofian, 22, ketika kejadian, dia sibuk mengira baki simpanan minyak dalam tangki berhampiran tandas terbabit.

“Ketika menjalankan tugas, saya melihat kepulan asap keluar dari celah pintu dan tingkap tandas.

“Saya memaklumkan kepada pekerja lain supaya menghubungi bomba kerana bimbang ada kebakaran selain cuba membuka pintu tandas, tetapi mendapati ia berkunci dari dalam,” katanya ketika ditemui. Sumber : Metro


Allcoins.pw