Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Wednesday, October 8, 2014

Wanita Warga Indonesia Mati Dibunuh di Nilai

 
Sekadar Gambar Hiasan 


NILAI - Mayat seorang wanita dipercayai warga Indonesia dijumpai di sebuah unit pangsapuri di Taman Semarak 2 di sini hari ini.

Wanita yang masih tidak diketahui identiti itu ditemui dalam sebuah bilik pada kira-kira pukul 1.30 petang selepas pihak polis dari Balai Polis Nilai menerima maklumat mengenainya.

Jurucakap polis berkata, mangsa ditemui dalam keadaan meniarap dengan tangan dan kakinya terikat selain seutas kabel pengecas telefon bimbit ditemui melilit lehernya.
Mayat wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Khoo Leng Huat ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan 06-7619999 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian hotline 06-7584999. - Bernama


Iklan Text