Monday, October 29, 2012

Atuk Setan Rogol Rogol Anak Jiran

Atuk bermain dengan cucu bukan `makan'.
Ini kisah dari JB, yang ibarat `Harapkan pagar, pagar makan padi'. Harap beliau insaf dan bertaubat. 

Seorang lelaki yang layak digelar datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak jiranya berusia 10 tahun.

Tertuduh, Mohamad Soha Abdullah, 65, didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah anaknya di sini dalam tiga kejadian berasingan sekitar awal bulan ini.


Mengikut fakta kes, kanak-kanak terbabit kerap ke rumah tertuduh, yang bekerja sebagai buruh binaan, bagi mendapatkan duit untuk membeli makanan ringan.


Abang mangsa yang berusia 12 tahun dilaporkan pernah melihat tertuduh, yang  telah berkahwin dua kali dan bercerai, memasukkan tangannya ke dalam kemaluan mangsa. Bagaimanapun dia tidak mendedahkan perkara terbabit.


Perbuatan terkutuk itu hanya disedari mak cik mangsa yang meragui lalu menyoal murid tahun empat itu sehingga pendedahan mengenai kegiatan  terkutuk lelaki terbabit.


Atas kesalahan itu, Mohamad Soha didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan. 


Timbalan Pendakwa Raya, Nor Iffa Zarilla Abd Rahman  yang mengendalikan pendakwaan menawarkan jaminan RM30,000.


Mohamad Soha yang  memakai kemeja-T berwarna kelabu dan seluar panjang mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Nu’aman Mahmud Zuhdi.


Tertuduh yang diwakili peguam bela Mohd Asram Zakaria memohon dikenakan jaminan yang rendah memandangkan faktor usia tertuduh.


Nu’aman kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes  20 November ini. Sumber : Bharian

 Teks Iklan
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

Sunday, October 21, 2012

`Cowgirl' Seksi Jual Lembu Qurban

Sexy Cowgirl di Barat

Komen : Ini teknik pemasaran yang mengesploitasikan wanita yang berlaku di Indonesia !

MENJELANG sambutan Hari Raya Aidiladha pada Jumaat ini, sebuah pusat penjualan lembu korban di Depok, Jawa Barat, Indonesia menampilkan kaedah pemasaran yang berbeza.

Jika kebanyakan pengusaha lain menjual lembu-lembu ternakan di kawasan ladang atau jauh dari penempatan, seorang usahawan kereta terpakai, Romdoni mengubah suai bilik pameran kereta miliknya menjadi sebuah pusat penjualan lembu korban.

Lokasinya adalah di kawasan pekan Kelapa Dua iaitu jalan untuk menuju ke Universiti Indonesia yang terletak kira-kira 5 kilometer (km) dari situ. Ia tidak jauh daripada pusat komersial lain seperti kedai pakaian dan makanan.

Saiz ruang yang menempatkan lembu yang ditambat mengikut barisan itu pula kira-kira sebesar dua buah gelanggang bola tampar.

Jelas usahawan yang mesra disapa Haji Doni itu, dia membuat keputusan untuk mengubah suai ruang pameran kereta terpakai tersebut setelah mendengar rungutan daripada rakan-rakannya yang berdepan kesukaran membeli lembu korban.

“Ideanya sudah hampir tujuh tahun tercetus. Bilik pameran kereta, PT Dian Mobil diubah suai menjadi tempat mempamer sapi (panggilan kepada lembu di Indonesia) buat sementara waktu iaitu ketika musim korban. 

Cowgirl diIndonesia  sedang menunggu pelanggan
“Dahulu saya perlu mengajak pembeli ke tempat penternakan untuk melihat lembu, tetapi ada yang merungut. Saya memilih cara ini pun kerana mahu memudahkan mereka,” kata Doni, 46.

Lebih menarik apabila Doni turut menggunakan khidmat gadis-gadis cantik dan seksi sebagai pegawai promosi jualan (SPG) atau terkenal dengan jolokan cowgirl.

SPG mengenakan seluar jean, baju kemeja dan topi ala koboi sepanjang menjalankan tugas. Tidak ketinggalan, mereka yang kelihatan seksi melepaskan rambut turut mengenakan solekan tebal sebagai daya tarikan.

Biarpun pada mulanya berasa tidak selesa bekerja di situ, Eka bersama tiga orang rakannya terpaksa menerima hakikat untuk sentiasa berada dalam suasana yang tidak selesa dan berbau demi tanggungjawab yang diberikan.

“Biasanya, saya berada di pusat pameran kereta yang dimiliki Doni juga. Lokasinya tidak jauh dari sini iaitu di Taman Mini Indonesia Indah (kira-kira 15 kilometer). Tetapi oleh kerana raya korban makin dekat, saya ditugaskan ke sini,” kata Eka.

Untuk tahun ini, Eka dan rakan-rakannya akan berada di pusat tersebut yang dikenali sebagai Mall Qurban oleh penduduk tempatan itu sejak 5 Oktober lalu hingga 25 Oktober ini.


Untuk bulan-bulan lain dia berkhidmat sebagai pegawai pemasaran di pusat jualan kereta terpakai milik Doni. Jelas Eka, dia perlu mengetahui maklumat lengkap mengenai usia, harga dan berat setiap ekor lembu untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan.

“Setiap seorang akan diberi sebuah iPad yang mengandungi maklumat lengkap. Kami hanya perlu klik pada ikon yang mewakili setiap ekor lembu yang dijual. Itu lebih memudahkan,” kata Eka.

Doni memperoleh idea tersebut ketika berkunjung ke Australia yang menggunakan tenaga kerja wanita.

“Saya ingin menunjukkan bahawa saya menjual haiwan yang berkualiti. Dari segi layanan pula saya dahulukan,” ujar Doni.

Seramai 15 orang gadis SPG memberikan khidmatnya kepada Doni untuk menguruskan pelanggan di tiga buah pusat jualan yang berbeza di daerah sama.

Sempena Aidiladha tahun ini Doni menyasarkan untuk menjual sebanyak 4,700 ekor lembu seperti tahun lalu. Tambah Doni, lembu tersebut dijual berdasarkan ukuran beratnya. 

“Kalau sapi tempatan harganya kira-kira 98,000 rupiah (RM28) sekilogram. Jadi kalau beratnya 200 kilogram (kg), harganya sekitar 19.6 juta rupiah (RM6,232).

“Berbeza pula dengan sapi import kerana harganya dinilai per ekor iaitu antara 25 juta rupiah (RM7,950) hingga 100 juta rupiah (RM31,800) seekor,” katanya.

Lembu yang dijual di situ terdiri daripada pelbagai jenis iaitu baka tempatan yang termasuklah lembu bali, lembu brahman dan lembu kupang, manakala yang diimport pula berasal dari Australia dan Belanda.

Jelas Doni, kebanyakan pelanggannya memilih lembu jenis limosin kerana keadaan fizikalnya yang besar dan panjang seakan-akan kereta limosin. Dagingnya juga padat. Baca selanjutnya disini..
  


Monday, October 15, 2012

Sihir Pocong Mencampakkan Ustaz

Ini kisah Pocong VIP.
JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong (definasi : pocong) yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Inilah pocong yang ada sihir
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu. 

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.
Ini pula kisah pocong mengamuk

Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.





Komen : Ini perbuatan sihir yang amat dilarang oleh Islam, semoga pelakunya segera bertaubat.

Topik berkaitan 
1. Pocong mengamuk di Ulu Jempol
2. Bangla jumpa pocong 
3. Pocong sebenarnya manusia
4. Pocong dibukit kelawang
5. Pocong berkeliaran mencari Tuan
6. Game `Pocong" percuma

Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

Sunday, October 7, 2012

Bahana Memberi Suapan Kepada Pegawai Polis.


Mengapa Gejala Rasuah Menjadi-jadi ?
KUALA TERENGGANU: Dua beradik yang bekerja sebagai buruh binaan mengaku tidak bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan dengan niat bersama memberi suapan RM1,850 kepada seorang pegawai polis, Khamis lalu.

Nik Fairoz Amri Nik Soh, 27, dan adiknya Nik Auzan Haris, 25, didakwa memberi suapan kepada Inspektor Mohd Hafizul Ashraff Mohammed dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka kerana memiliki dadah. 
 
Dua beradik dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik No 12 Sederhana Inn, 1483 Tingkat 1, Ibai Landmark Gard, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini kira-kira jam 8.55 pagi.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan di bawah pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hakim Wan Fadhilah Wan Idris menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Nov depan untuk sebutan kes.

Mereka bagaimanapun gagal membayar wang jaminan.

Dua beradik itu kini ditahan reman bagi penyiasatan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala dua tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani. - BERITAHARIAN
 
Komen :  Ini kisah bahana memberi rasuah kepada pegawai polis yang jujur !!!

Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini

Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dapatkan 1,000,000 traffic percuma.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,
Allcoins.pw