Monday, May 26, 2014

Coklat Cadbury ada lemak babi - Jakim akan umum


Keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari. 

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.

"Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, makmal itu juga telah diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses.

Dua sampel coklat keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd yang didapati mempunyai DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1). - UTUSAN

Berita sebelumnya..

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA babi (porcine) dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.
Di dalam media sosial tersebut memaparkan keputusan analisis porcine dikesan di dalam produk coklat susu dengan kacang hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara berkaitan dengannya.
Hasil siasatan oleh KKM mendapati 3 sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis porcine bagi tujuan pemantauan.
Keputusan analisis mendapati 2 sampel dikesan mengandungi porcine iaitu:
i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014.
ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Manakala, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan porcine.
Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk terbabit dari pasaran dengan serta-merta.
KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok pada label produk sebelum membeli atau memakannya.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq. – Bernama, 24 Mei, 2014.






Tuesday, May 20, 2014

Senjata Makan Tuan. Bom Buatan Sendiri Meletup

Contoh Bom Sendiri
Inilah yang dinamakan ` Senjata Makan Tuan", tak pasal-pasal meletop depan rumahnya.
Apapun perbuatan mereka salah dan akan dikenakan hukuman. Terlintas dalam fikiranku mengapa nak buat dan simpan bom ? Nak bom ikan kot. 

Berita penuh dibawah,
IPOH - Seorang guru wanita tidak menyangka bunyi kuat di hadapan rumahnya di Taman Silibin Ria di sini yang disangka guruh sebenarnya adalah letupan bom buatan sendiri.
 
Letupan kuat pada pukul 4.20 pagi tadi mengakibatkan pintu utama rumah, siling tempat letak kereta pecah dan sebuah kereta jenis Nissan Sylphy mengalami kerosakan.

Guru berusia 32 tahun yang mengajar mata pelajaran khas itu berkata, ketika kejadian lima penghuni termasuk suami berumur 39 tahun dan seorang pembantu rumah warga Indonesia berusia 28 tahun sedang nyenyak tidur.

"Saya mula curiga apabila terhidu bau asap kuat dari arah ruang tamu rumah, apabila turun ke bawah saya dapati kaca pintu utama sudah pecah. 

"Siling tempat letak kereta turut pecah selain tanah daripada pasu bunga bertebaran dan berselerakan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya yang merupakan seorang kontraktor sebelum melaporkannya kepada polis. - Bernama

 

Sunday, May 11, 2014

Curi Kereta Dapat Bala Segera


Inilah yang dikatakan balasan segera yang Allah bagi didunia lagi.  Kisah sepasang suami isteri yang kemaruk nak pakai kereta. Ikuti kisah penuh dibawah,


Toyota Vios terbang di Mersing. Sekadar Gambar Hiasan

Niat jahat sepasang suami isteri muda mencuri sebuah kereta jenis Toyota Vios mendapat balasan setimpal apabila kereta tersebut remuk terlanggar sebatang pokok sena yang terletak di bahu kanan jalan raya ketika mereka mahu melarikan kenderaan itu kelmarin.

Kemalangan itu berlaku pada pukul 9.30 pagi di Jalan Paya Kemunting, Jitra di sini selepas mereka mencuri kereta milik seorang peniaga kedai runcit di Kuala Kedah pada pukul 8.30 pagi.

Jarak antara tempat kemalangan itu berlaku dan lokasi kereta itu dicuri adalah kira-kira 30 kilometer.

Lelaki berusia 24 tahun itu terselamat walaupun mengalami kecederaan parah di kepala dan leher manakala isterinya yang berusia 26 tahun cedera ringan di bahu akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, pasangan tersebut difahamkan mahu melarikan kereta yang dicuri itu ke rumah mereka di Kampung Baru, Asun, Jitra di sini. Sumber : Kosmo
 
Tajuk lain berkaitan, 
Iklan Text
Allcoins.pw