Thursday, November 27, 2014

Harga Minyak Lebih Rendah 1 Disember ini

PUTRAJAYA: Trend harga minyak mentah di pasaran dunia sejak 1 November lepas dijangka mempengaruhi penurunan harga petrol RON95 di pam dalam lingkungan antara tiga atau empat sen berbanding harga semasa pada 1 Disember ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata trend penurunan harga minyak mentah serta kenaikan terlalu kecil harga tiga hari lalu, dijangka tidak akan menjejaskan harga purata minyak secara keseluruhannya bagi bulan November.

Pada masa ini, harga runcit petrol RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

"Saya tidak kata akan turun, tapi (jika) mengikut trend, ya. Kita melihat dalam tiga hingga empat sen lebih rendah daripada harga di pam (sekarang)," katanya mengulas kemungkinan harga RON95 akan turun pada 1 Disember ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat "town hall" Bajet 2015 kementeriannya di sini, hari ini.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, mengumumkan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini.

Mengulas lanjut, Alias berkata mengikut Economist Intelligence Unit (EIU) Amerika Syarikat (AS), harga minyak mentah dijangka menyaksikan trend penurunan sehingga tahun depan. 

Katanya, unjuran EIU itu mengambil kira perkembangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), kontrak minyak mentah Brent dan kontrak minyak penanda aras di AS, West Texas Intermediate (WTI). -BH
Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di enam kawasan di negeri itu bulan depan dan menasihatkan pengguna supaya segera menjelaskan bayaran bil air tertunggak.
Beberapa kawasan terbabit ialah Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.
Syarikat itu dalam kenyataan, berkata pengguna yang bekalan air mereka dipotong akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dibuat.
Caj itu bukan denda atau penalti tetapi caj tetap perkhidmatan bagi pemotongan dan penyambungan semula bekalan air seperti diwartakan Kerajaan Selangor mengikut Enakmen Pembekalan Air 1997 iaitu Kaedah-Kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian bebas tol Syabas di 1800885252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau melayari Twitter dan Facebook Syabas
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12320#sthash.GkvW23Bw.dpuf

Monday, November 17, 2014

Suami Isteri di tahan Kerana Seludup Senjata

Sepasang suami isteri ditahan selepas polis menemui lima laras senapang angin beserta beberapa ketulan bijih timah dipercayai untuk dijadikan peluru dalam sekatan jalan raya di Jalan Bau-Serikin, berhampiran Kampung Jongjang, di sini, tengah hari tadi.
Pasangan masing-masing berusia 46 dan 54 tahun ditahan pada jam 12.12 tengah hari, selepas mereka mengaku menyeludup senjata api itu untuk dijual di pasaran dengan harga RM200 setiap satu.
Sumber polis berkata, suspek bersama isteri warga Indonesia disyaki membawa senjata api itu dari Seluas, Indonesia.
"Turut ditahan anak perempuan pasangan berusia sembilan tahun namun dibebaskan dan diserahkan kepada saudara terdekat suspek lelaki. Siasatan awal mendapati senapang itu dibeli pada harga RM180 sebelum dibawa masuk untuk dijual di negara ini.
"Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. Mereka kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau sementara menunggu perintah reman esok," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9681#sthash.jrQ7JUng.dpuf

Iklan Text

Friday, November 14, 2014

Lelaki Tempatan Hilang RM5000 kerana FaceBook

Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.

Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 November dengan mendakwa satu transaksi pemindahan mata wang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan mata wang asing.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan mata wang bank berjumlah AS$2 juta (RM6.7 juta) menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam 'perbualan Facebook' itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.
 
"Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi mata wang berjumlah AS$2 juta (RM6.7 juta). Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu.
Tambah Adzhar, mangsa kembali ke Labuan pada hari berikutnya dan diminta memasukkan RM7,050 menerusi Pemindahan Dana Antarabangsa bagi proses transaksi pemindahan mata wang ke dalam akaun seorang rakyat tempatan di Labuan.

Menurutnya, mangsa turut menyerahkan AS$4,000 (RM13,431) tunai kepada ejen itu di sebuah hotel, dan ejen itu memaklumkan kepadanya pemindahan matawang itu akan dilakukan pada 10 November.

"Bagaimanapun seorang wanita tempatan menghubungi mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pembantu ejen itu dan dia sedang dalam perjalanan untuk menyerahkan matawang terbabit.

"Apa yang memeranjatkan mangsa adalah wanita itu tiba-tiba memberitahunya dia ditahan polis dan mulai saat itu, mangsa merasakan dia terperangkap dan tertipu lalu membuat laporan polis," katanya. - Bernama

Iklan Text
Allcoins.pw