Monday, September 7, 2015

Nenek Kuat Membebel dibunuh


Ye ini adalah kisah benar dan bukan gurauan. Seorang nenek di Kuala Terengganu telah dikatakan suka membebel atau berleter telah ditetek dengan parang oleh cucunya sendiri. Ikuti kisah selanjutnya dibawah ini,

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika mangsa, Halimah Taib, 78, sedang berehat di atas wakaf di halaman rumah sambil menunggu ketibaan peraih untuk membeli barangan basah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa yang cedera parah di bahagian leher setelah terkena tiga tetakan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota polis bersama unit forensik dikejarkan kejadian selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Suspek berusia 33 tahun itu diberkas kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari tempat kejadian dalam keadaan kebingungan.

“Dengan bantuan suspek, kita berjaya mengesan parang yang digunakan untuk menetak neneknya yang dilemparkan ke dalam semak kira-kira 30 meter dari lokasi dia ditangkap.
“Difahamkan, suspek sempat membasuh tangan dan parang di masjid berhampiran, sebelum membuang senjata itu ke dalam semak,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Al Fatihah


Wan Abdul Aziz berkata, suspek akan direman bermula esok dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau memberitahu, suspek berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman baru seminggu bersama neneknya yang tinggal bersendirian untuk mengutip buah duku sebelum dijual.

“Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan seorang penagih dadah. Bagaimanapun, ketika kejadian, suspek didapati berada dalam keadaan normal (sedar),” ujar beliau.
Tambah Wan Abdul Aziz, setakat ini, suspek juga dikesan tidak memiliki sebarang rekod jenayah. 

Sila ikuti berita ini. DIsini

Allcoins.pw