![]() |
Baca apa punca kes ragut & bagaimana penyelesaiannya ? |
“Pada malam Sabtu lalu, arwah memberitahu saya isterinya di dunia dan
akhirat, sedangkan dia tidak pernah menyebutnya selepas tujuh tahun
kami berkahwin.”
Begitu kata Noor Baizura Rahim, 30, isteri Penolong Pegawai Agensi
Antidadah Kebangsaan (AADK), Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen)
Karangan, Mohd Majdi Abd Hamid, 33, yang menghembuskan nafas terakhir
selepas koma selama dua hari sejak Ahad lalu.
Mohd Majdi disahkan meninggal dunia pada jam 6.11 pagi semalam, selepas 41 jam koma di Unit Rawatan Rapi (ICU ) Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH), di sini.
Mangsa parah di kepala akibat terjatuh selepas ditendang ketika cuba menangkap peragut di pekan Bedong, dekat sini. (Kisah rakan pejabat kena ragut)
Kejadian berlaku jam 12.30 tengah hari Ahad lalu berhampiran Pejabat Pos Bedong apabila mangsa yang minum di gerai berhampiran membantu mengejar dua peragut yang melarikan beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal. (Baca cerita peragut kena baling dengan basikal)
Kepala mangsa terhempas di atas jalan
selepas terjatuh akibat ditendang seorang daripada peragut dalam
kejadian itu. Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Kuala
Muda, Deputi Superintendan Ricky Teh yang dihubungi berkata, mangsa
disahkan meninggal dunia di ICU HSAH selepas menerima rawatan sejak dua
hari lalu akibat parah di kepala. (Baca punca-punca ragut)
Menurutnya, polis sudah menahan seorang suspek dipercayai anggota
tentera berusia 26 tahun yang turut menerima rawatan di HSAH kerana
cedera di muka dan badan, selain memburu rakannya yang melarikan diri. Sumber : Metro
No comments:
Post a Comment