Tuesday, February 28, 2012

Kes Khalwat Isteri Orang : Dr. Badrulamin Bahron Kelentong ?

Adakah Dr.Badrulamin berbohong ?. Betulkah dia dianiaya oleh konco BN atau Anuar Ibrahim ?. Kalau ya mengapa ?.  Banyak persoalan yang belum terjawap. Namun sedikit petunjuk boleh didapati dari berita dibawah ini,

KUANTAN - Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar. (ikuti dakwaan Dr. Badrulamin  Bahron



Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.



Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Sumber Kosmo ,




Sunday, February 26, 2012

Ustaz Badrul Amin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap khalwat dengan isteri orang.

KUANTAN – Seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang berusia 28 tahun di sebuah hotel di Balok di sini awal pagi semalam.

Pemimpin PKR itu, Dr. Badrulamin Bahron (Biodata Dr.Badrulamin), 51, yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR ditangkap bersama wanita itu oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kira-kira pukul 3 pagi di bilik hotel berkenaan.

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. (Ikuti komen 1 dan komen 2 Dr. Badrulamin Bahro)

Ujarnya, ahli politik itu dibebaskan dengan ikat jamin selepas kira-kira sembilan jam ditahan dan akan dipanggil semula untuk memberi keterangan.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Penangkapan Dr. Badrulamin dalam kes khalwat telah disiarkan oleh beberapa blog antaranya Papagomo dan Pisau.net sejak petang semalam.  Blog dan facebook rasmi Dr. Badrulamin
 
Menurut blog itu, wanita yang ditangkap khalwat bersama pemimpin PKR dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu merupakan seorang kakitangan sebuah kolej komuniti di negeri ini. Kosmo.


Monday, February 20, 2012

Anak Jadi Hamba Seks Kepada Penyanyi

Seorang penyanyi sebuah kumpulan berkonsep hip hop popular tanah air ditahan polis selepas didakwa merogol anak tirinya berusia 14 tahun di rumahnya di Gombak Jaya, dekat sini, semalam.

Penyanyi berusia 37 tahun yang juga pernah berlakon filem itu ditahan selepas anak tirinya membuat laporan di Balai Polis Gombak, di sini, jam 11 malam, kelmarin.

Menurut sumber, dalam laporannya, mangsa mendakwa dinodai bapa tirinya itu sejak berusia tujuh tahun dan kejadian terbaru berlaku pada 9 Februari lalu.

“Berikutan laporan itu, polis melakukan siasatan sebelum menahan penyanyi terbabit di rumahnya di Gombak Jaya jam 2 pagi tadi (semalam),” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, remaja perempuan terbabit mendakwa dia nekad membuat laporan polis kerana tidak tahan dijadikan hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu selain bimbang keselamatan adik perempuannya yang lain.
                                                                                                                                                                                                                                     
Sumber : Metro

Thursday, February 16, 2012

Kelab Sosial Galak Murtad

Awas umat Islam, terbaru ada kelab sosial didalam Facebook yang menggalakkan murtad. Ikuti beritanya dibawah,


KUALA LUMPUR: Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.

Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Menarik juga untuk dibaca,


3. Murtad oh Murtad 

Friday, February 10, 2012

Putus Tangan Gara-gara Berhutang RM500


Alahai kasihannya dia, dek kerana hutang RM500 tangan melayang ! Ini mesti along  bukit beruntung punya kerja ..

Seorang pekerja kontraktor putus tangan kiri selepas dipercayai diserang sekumpulan lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin, kelmarin.

Lebih malang lagi, beberapa bahagian badannya termasuk muka turut cedera akibat diserang kumpulan lelaki terbabit.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) akibat kecederaan tersebut.

Pihak HRPB juga gagal menyambung tangan kiri mangsa yang putus akibat serangan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 8.30 malam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, selepas menerima laporan sebuah unit peronda polis (MPV) bersama pegawai penyiasat dihantar ke kawasan kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Ketika tiba di tempat kejadian pihak kami mendapati terdapat seorang lelaki cedera parah dipercayai diserang menggunakan senjata tajam.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyerang mangsa akibat masalah yang berkaitan dengan dadah.

“Bagaimanapun, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya ditahan di kawasan perumahan dekat Buntong jam 9.45 pada malam yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, suspek dan mangsa masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Pihak polis juga sedang mengenal pasti dan mengesan beberapa individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty, 40-an ketika ditemui di HRPB turut menceritakan detik cemas yang menimpa suaminya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, suaminya diserang sehingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, suaminya sempat memberitahu dia diserang lima lelaki menaiki kereta menggunakan pisau.

“Seminggu sebelum kejadian, memang ada beberapa individu datang meminta wang RM500 daripada suami.

“Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh masa sedikit masa lagi untuk membayar hutang itu memandangkan pekerjaan dan gajinya yang tidak menentu.

Menurutnya, dia terkejut apabila suaminya diserang sebelum dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Sekarang siapa yang akan menanggung kehidupan keluarga kami memandangkan tangan suami saya sudah kudung,” katanya yang sedih akan kejadian tersebut.  


Kisah-Kisah Putus - Putus Tangan,

Putus Dek Tangan Gara Mesin Basuh
Putus Tangan Kerana Main Tarik Tali ,  
Putus Tangan Masuk Kereta
Putus Tangan Dilibas Perompak
Putus Tangan Pekerja Kontrak

Thursday, February 9, 2012

Ghairah Lelaki - Lelaki Berkucupan Sesama Lelaki

Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.





Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.

Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka ‘kemaruk’ meraba lelaki lain. 

Ini pula video mengenai pusat seks gay di Kuala lumpur, selengkapnya disini





Komen : Apa nak jadi lelaki sekarang ? Keliruan Jantina siapa yang bersalah ? Mereka atau ibubapa mereka.

                Gay and Muslim  

Saturday, February 4, 2012

Bakar muka isteri kerana dadah

Seorang penagih dadah (ketahui jenis-jenis dadah) bukan saja bertindak ganas, malah tergamak membakar muka isteri hingga melecur di mata ketika meminta wang daripada anak mereka di Kampung Kedai Buluh, Badang, di sini, Khamis lalu.
  
Dalam kejadian jam 7 malam, mangsa berusia 40 tahun dikatakan turut dihentak oleh suspek menggunakan kerusi.

Difahamkan, suspek yang juga berusia 40 tahun sebelum itu meminta wang daripada anaknya berusia 19 tahun dan terus meluru mengambil dompetnya di bilik.

Suspek kemudian keluar dan terserempak dengan mangsa sebelum mengamuk serta bertindak ganas.

Dia mengambil pemetik api dan membakar wang kertas RM1 di mata kiri mangsa yang dalam ketakutan.

Bagaimanapun, anaknya yang turut melihat tindakan suspek tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu ibunya

Mangsa meminta anaknya membuat laporan polis sebelum melarikan diri bersama seorang lagi anak berusia dua tahun.

Susulan laporan polis diterima, suspek ditahan di rumahnya pada jam 8 malam semalam.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Beliau berkata, suspek dikatakan baru selesai menjalani hukuman di penjara membabitkan kes dadah.

Katanya, suspek yang ditahan sehari selepas kejadian kemudian direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 324 iaitu sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

“Ketika ditahan, suspek turut ditemui bersama tiub straw dipercayai mengandungi dadah. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) (Ketahui kisah kecuain hospital raya perempuan zainab),” katanya.

Wednesday, February 1, 2012

15 Gadis gaduh rebut teman lelaki

Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini teruk ‘dikerjakan’ sekumpulan 15 pelajar perempuan lain gara-gara pertelingkahan berebut teman lelaki sehingga mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital.

Dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang kelmarin berhampiran sekolah itu yang terletak dekat sebuah taman perumahan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Noor, 15, mendakwa dia ditampar, dipukul dan dipijak oleh kumpulan pelajar tersebut yang mengamuk selepas menuduhnya merampas kekasih mereka.

Serangan ganas itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari sekolah untuk pulang dengan menunggang basikal selepas selesai mengikuti latihan sukan.

Kumpulan pelajar perempuan itu didakwa sudah menunggu mangsa sebelum mereka terus membelasahnya. Pada masa itu mangsa yang tinggal di Pangsapuri Sena kira-kira 500 meter dari sekolahnya dalam perjalanan pulang seorang diri.

Setelah puas dikerjakan hampir 15 minit, Noor yang dalam kesakitan terpaksa mengagahkan diri mengayuh basikal pulang ke rumah. Kejadian malang yang menimpanya tidak dimaklumkan kepada ibunya.

Bagaimanapun, pada pukul 12 tengah malam, mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ibunya setelah dia muntah-muntah.

Mengimbas kejadian itu, Noor memberitahu, pertelingkahan tersebut berpunca apabila dua orang daripada kumpulan pelajar perempuan yang dikenalinya itu mendakwa dia mempunyai hubungan dengan teman lelaki mereka.
“Saya beritahu saya tiada apa-apa hubungan namun kedua-dua pelajar itu tidak berpuas hati dan terus menarik rambut dan memukul saya sebelum rakan lain ikut serta membelasah saya,” kata pelajar itu ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Noor, anak kedua daripada tiga beradik, baru sebulan belajar di SMK Perlis itu setelah berpindah dari Sungai Petani, Kedah bagi mengikuti ibunya yang bekerja di kedai makan di sini. Mangsa telah pun kematian bapa.

Katanya, dia langsung tidak menyangka kumpulan pelajar terbabit akan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila tergamak membelasahnya sehingga dia hampir terjatuh ke dalam longkang. 

“Malah ketika itu ada dua remaja lelaki iaitu teman lelaki kepada dua pelajar yang menuduh saya menjalin hubungan dengan kekasih mereka.

“Namun, kedua-dua remaja lelaki itu termasuk seorang yang bersekolah di sekolah sama dengan saya tidak membantu menjelaskan keadaan sebenar, sebaliknya kedua-dua lelaki itu turut menonton dan bersorak apabila melihat saya dibelasah.

“Hanya tiga pelajar perempuan dalam kumpulan itu yang saya kenal termasuk dua pelajar yang menuduh saya mempunyai hubungan dengan kekasih mereka. Ketiga-tiga pelajar itu sebaya dengan saya dan sama kelas dengan saya,” ujarnya. Sumber : Kosmo

Komen : Macamlah tak de jantan lain. Kumbang bukan sekor !!


Allcoins.pw