Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0 : Polis Dapat Perintah Mahkamah Halang Bersih 3.0

Dataran Merdeka Disiang Hari - Ingin tahu asal-usul Dataran Merdeka ?

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0  dan orang awam daripada memasuki dan berkumpul di Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai jam 6 pagi tadi.
Sinar Harian Online difahamkan perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.
 
Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.
 
Keadaan Dataran Merdeka Sekarang
Dalam pada itu tinjauan Sinar Harian Online sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini ditutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku. Anggota polis dan penguat kuasa DBKL turut kelihatan di kawasan tersebut.
Pita kuning turut dipasang sekeliling kawasan yang dijadikan sebagai tapak perkhemahan oleh aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM), sejak 14 April lalu, menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.

Sementara itu, kira-kira 300 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.

Masih terdapat beberapa aktivis dan pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza - Facebook beliau., yang ditahan baru-baru ini, berada di sekitar Dataran Merdeka.

Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 - yang diadakan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi tadi sehingga 6 pagi Ahad ini. lihat kenyataan DBKL sebelum ini

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (lihat profil Tan Sri Ahmad) dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.

 DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat. 

 Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.Sumber

Komen : Penganjur bersih sengaja pilih dataran merdeka dan tidak memilih tempat lain sebab nak publisiti meluas!. Nasihat kami, jangan masuk Kuala lumpur esok, lebih baik `bersih' sekeliling rumah selama 3 minit dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Ades. 

Wednesday, April 25, 2012

Berita Dunia : Meteor jatuh dan meletup di California

Hujan Meteor : Gambar asal : PCMAG
CALIFORNIA - Beberapa kawasan di Nevada dan California, Amerika Syarikat (AS) mengalami keadaan agak cemas selepas satu letupan kuat berlaku disebabkan batu meteor yang jatuh, semalam.

Letupan yang turut menggegarkan kediaman di kawasan kejiranan Reno ke Winnemucca, Nevada dan Sacramento ke Bakersfield wilayah California, mencetuskan panik sehingga penduduk bertindak menghubungi agensi pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka.


Sebahagian penduduk di kedua-dua negeri terlibat, mendakwa terlihat objek bola api menjunam merentasi ruang udara sebelum letupan berlaku, selain laporan polis menyatakan kelihatan sebuah komet berwarna-warni pelik meluru ke arah Bumi.


Menurut pakar Fleischmann Planetarium, Universiti Nevada Reno, Dan Ruby, laporan menunjukkan meteor itu telah jatuh ke bumi di sekitar kawasan Sierra, barat daya Reno.
Katanya apabila meteor itu memasuki atmosfera bumi, ia akan mencipta letupan sonik pantas seperti sebuah pesawat yang turut mengesahkan waktu itu merupakan tempoh aktif hujan meteor (kenali hujan meteor atau meteor shower) Lyrid yang dapat dilihat daripada bumi. Sumber : sinar, FoxNews, Latin




Tuesday, April 17, 2012

Anak Kurung Ibu Kerana Kahwin Lain

Perkhawinan Yang Tidak Direstui Oleh Anak

KUALA LUMPUR: Marah ibu mereka berkahwin lain, dua beradik perempuan bertindak melampau apabila mengurung ibu mereka lebih sebulan dalam sebuah rumah di Sentul, di sini, bagi menghalang wanita berusia 49 tahu itu berjumpa suami barunya. Ini pula komplot si ibu - latih 4 orang anak jual tubuh..

Dua beradik berusia 19 dan awal 20-an itu bertindak demikian kerana menganggap suami baru ibu mereka yang dikahwini sejak empat bulan lalu tidak sesuai serta mempunyai niat jahat terhadap wanita itu. Kisah anak pukul,maki dan halau ibu sendiri 

Menurut sumber, dua beradik itu merancang tindakan mereka apabila menjemput mangsa ke rumah mereka sebelum ‘mengurung’ wanita berkenaan sejak lebih sebulan lalu.

“Sepanjang tempoh dikurung, mangsa diberi makan oleh anaknya, tapi telefon bimbitnya dirampas dan dia tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain,” katanya.

Menurutnya, biarpun bapa tiri mereka datang untuk menjemput isterinya pulang, dua beradik terbabit tidak membenarkannya masuk atau membenarkan ibu mereka keluar berjumpa suami barunya. Sumber :Metro

Komen : Ini dinamakan komplot sianak. Kasihan ibu perkahwinannya tidak direstui..
Baca pula komplot si ibu - latih anak jual tubuh..

Kisah berkaitan
3.  Komplot si kaki pancing bawa padah
4.  Komplot terhadap si gagap.
5.  Komplot kepada Islam

Sunday, April 15, 2012

Peraba Bersiri : 2 Remaja Ditahan

Komen : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..Begitulah kisah 2 remaja yang gila seks ini. Siapa yang malu ?

KUALA KANGSAR - Demi melampias nafsu, dua remaja belasan tahun sanggup menunggu sebelum mencabul dan meraba beberapa mangsa di sekitar kawasan berhampiran lintasan kereta api di Taman Indah, di sini.

2 orang remaja yang suka MERABA
Sejak seminggu lalu dua remaja ini termasuk pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah di Pekan Kuala Kangsar, di sini, menunggu mangsa yang kebanyakan rakan perempuan dari sekolah jenis kebangsaan Cina, semata-mata mencari peluang untuk meraba dan mencabul mereka.

Baik raba bende ini..
Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral itu akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis dan kedua-dua mereka berjaya diberkas dalam satu serbuan di sekitar Taman Indah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Mohammad berkata, sejak 12 April lalu beberapa laporan polis mengenai kes cabul melibatkan pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina telah dibuat.

“Dua remaja ini kebiasaannya menunggu mangsa selepas tamat waktu persekolahan dan menyasarkan pelajar perempuan yang berjalan bersendirian.

“Bagi laporan pertama dan kedua, kedua-dua mangsa mendakwa dua remaja ini telah menyentuh buah dada dan perut mereka ketika melintas di landasan kereta api,” katanya kepada pemberita, di sini, kelmarin.

Abdul Gaffar berkata, dalam kejadian pada 14 April (kelmarin), seorang pengadu yang juga pelajar dari sekolah jenis kebangsaan Cina mendakwa telah ditolak sehingga terjatuh dan tercedera.

“Kedua-dua remaja ini bertindak mengambil kesempatan memegang buah dada, perut serta alat sulit mangsa. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, pada 12 April sahaja, tiga kes cabul melibatkan pelajar sekolah berkenaan telah dibuat.

“Antara mangsa yang membuat laporan polis ialah pelajar berusia 14, 15 dan 16 tahun,” katanya.

Katanya, susulan laporan yang dibuat dua remaja Melayu telah diberkas pada 14 April lalu dan kedua-dua mereka mengaku melakukan aksi cabul berkenaan.

“Kira-kira jam 1 petang, dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kes ini termasuk seorang pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah lelaki di sini, telah ditahan, manakala seorang lagi remaja tidak bersekolah.

“Hasil siasatan awal, kedua-dua remaja ini mengaku telah melakukan kegiatan itu sejak seminggu lalu dan kes ini masih lagi dalam siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, tangkapan kedua-dua suspek turut dibantu penduduk dan pengawal keselamatan di sekitar taman itu yang sudah membuat intipan terlebih dahulu. sumber : Sinar




Sunday, April 8, 2012

Jururawat HUSM Kantoi Semasa Seluar Dalam

Komen : Kelakarnya jururawat HUSM  ini, mungkin dia nak hadiahkan kepada suaminya, atau cari `extra income' maklumlah dia banyak hutang dan tanggungan ramai. Nak untung RM190.82  tapi rugi RM3,800 he he he !!

Ikuti kisah jururawat HUSM dibawah ini dan lupa lihat seluar paling unik didunia.

KOTA BHARU – Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.

Zubaidah Yaacob Jururawat HUSM
Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu.

Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo,
 sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.

Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.

Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

“Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan,” kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin. (Artis tonggeng tunjuk seluar diatas pentas)


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes. 

Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi.

Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan. Sumber


Monday, April 2, 2012

Bakar diri kempunan pakaian seragam baru

Ingin lihat gambar lama yang menarik seperti ini ? Klik ini
ISLAMABAD: Seorang pelajar mati selepas membakar dirinya (Self immolation) apabila keluarganya gagal untuk membelikan pakaian seragam sekolah kerana tidak mampu.

Pelajar pintar, Kamran Khan, 13, belajar di sebuah sekolah swasta atas pembiayaan biasiswa, malu apabila ibu bapanya tidak mampu menggantikan pakaian seragam sekolah yang sudah lusuh.

Apabila ibu bapanya enggan membelikan pakaian seragam baru, dia mengancam membunuh diri sebelum menyiram tubuhnya dengan petrol dan kemudian membakar dirinya.(Self immolation) . Dia melecur teruk dan meninggal dunia di hospital.

Abangnya Saleem Khan memberitahu, Karman tidak pernah meminta apa-apa sebelum ini, tetapi sejak beberapa hari lalu, merayu ibu bapanya membelikan pakaian seragam baru. Saleem berkata, Karman berkelahi dengan ibunya, yang bekerja sebagai pembantu rumah. 
 
Ibunya hilang sabar dan menampar anaknya itu sambil memberitahu dia tidak mampu untuk membelikannya pakaian seragam baru. Sumber :
 
Komen : Kasihan ibunya kehilangan anak pandai tetapi tidak tahu bersyukur..

Allcoins.pw