![]() |
Bila maruah dibuang dan tiada iman inilah jadinya. Sekadar Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat,
sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket
atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung
belang yang kepingin gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat
teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.
Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu
dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah
hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan
pelanggan membuat tawaran.
![]() |
Kekasih kontrak baca sms |
Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran,
pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang
tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.
Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan. Sumber : Metro

Topik berkaitan
Iklan Ringkas
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma.
No comments:
Post a Comment