Tuesday, September 24, 2013

Pelatih PLKN Terbunuh Kerana Potong Barisan

Pelatih PLKN- Laman Rasmi PLKN
Awas jangan potong barisan !, nanti anda mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan pelatih PLKN Muhammad Suhaimi Norhamidi yang maut gara-gara memotong barisan semasa mengambil sarapan pagi.
Setakat ini sudah bermacam-macam kes yang melibatkan pelatih PLKN. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak reputasi PLKN menjadi lebih buruk.
Ikuti berita selanjutnya dibawah,
KUANTAN – Polis semalam mengesahkan kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Ahad lalu akibat dibunuh selepas mangsa terlibat dalam pergaduhan yang berpunca daripada rasa tidak puas hati. Mangsa dipercayai dipukul di kepala menggunakan objek tumpul.
Ekoran itu, polis telah menahan reman tiga pelatih PLKN kem tersebut yang berusia antara 18 dan 21 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga remaja dari Pahang dan Johor itu ditahan kelmarin.
Mereka direman selama seminggu sehingga 30 September ini selepas laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana berlaku pendarahan dalam kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca apabila mangsa didakwa telah memotong barisan ketika hendak mengambil sarapan pagi.
Katanya, ekoran tindakan mangsa itu, beberapa pelatih lain dipercayai tidak berpuas hati hingga tercetus pergaduhan antara mereka.
“Terdapat dua pergaduhan membabitkan mangsa dan beberapa pelatih lain iaitu pada tengah hari dan pada pukul 11.30 malam sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air asrama oleh rakannya 30 minit kemudian.
“Belakang kepala mangsa kemungkinan telah dipukul dengan objek tumpul ketika pergaduhan tersebut sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya ketika dihubungi semalam.  Ikuti artikel penuh di : KOSMO
Tajuk berkaitan, 

Iklan Text

Monday, September 16, 2013

Ching Peng Mati di Bangkok

Chin Peng - Musuh Negara (Baca Biodata)

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng (gambar), yang hidup dalam buangan di Bangkok, Thailand, meninggal dunia pada 16 September 2013.



Chin Peng, 89, menerima rawatan bagi penyakit kanser di sebuah hospital di Bangkok, sejak beberapa tahun lalu. 


Berasal dari Sitiawan, Perak, Chin Peng mengetuai PKM dan melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia sebelum dan selepas negara merdeka. Dia bertanggungjawab terhadap kematian beribu-ribu askar, polis dan rakyat negara ini. 


Tindakan tidak berperikemanusiaan Chin Peng serta gerilanya mendorong British mengisytiharkan darurat di antara 1948 hingga 1960. 

Pada 1950-an, keganasan dicetuskan PKM pimpinan Chin Peng mendorong pihak keselamatan menawarkan ganjaran sebanyak suku juta dolar kepada sesiapa yang berjaya menahannya hidup-hidup. 

Pada 1955, Rundingan Baling diadakan dan Chin Peng berjanji meletakkan senjata jika parti itu diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat, bagaimanapun Kerajaan Perikatan menegaskan PKM mesti menyerah kalah. Baca artikel penuh disini.

Tajuk berkaitan, 

Iklan Text

Wednesday, September 11, 2013

Adi Putra Bukan Gila Seks

Baca Biodata Adi Putra Disini
Skandal Adi Putra nampaknya semakin popular kerana beliaudikatakan`menghilangkan diri' dari dirapati oleh peminat-peminatnya.  
Setelah lama berdiam diri tanpa menjawab panggilan telefon atau membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak media, akhirnya Adi, 32, tampil pada sidang akhbar pelantikannya sebagai duta produk kecantikan Fereena Beauty Care di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Luah Adi di hadapan pihak media dan juga peminat-peminatnya, 1Hotlovers yang hadir pada hari itu, dia langsung tidak mengenali wanita yang bernama Aida itu, malah tidak melarikan diri selepas isu itu hangat diperkatakan.
Ikuti Perkembangan Adi Putra di Twitter Beliau
"Secara jujurnya, saya langsung tidak mengenali wanita itu. Ramai yang bertanya kenapa saya mendiamkan diri. Saya tidak melarikan diri, malah masih muncul dalam acara-acara jemputan seperti biasa," ujarnya tenang.
Disoal mengapa isu itu (didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita bernama Aida) boleh timbul jika dia tidak mengenali wanita itu, ungkap Adi, ketika kejadian tersebut dia sedang mengerjakan umrah dan tidak mungkin dia melakukan perkara tersebut.
"Dekat sana susah hendak cakap. Macam-macam boleh terjadi kalau kita lakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya di Tanah Suci. Allah sahaja yang tahu," luahnya. Sila baca artikel penuh disini : 
Tajuk berkaitan, 
Iklan Text
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!


Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami 


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!


BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...


Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !


Seminggu $5000 Wow !! 


Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda


Endless Earning  programs

Sunday, September 1, 2013

3 Biji Peluru Tembusi Kepala

Tembak di Kepala, Byk Lagi Disini
 Ini merupakan kes tembakan terbaru yang berlaku di Ipoh. Ikuti kisahnya dibawah.

 Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Laskar Udara Kanan mati dalam keadaan mengerikan selepas kepalanya ditembusi tiga das tembakan dipercayai angkara anggota kongsi gelap di Taman Rishah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 7.15 pagi semalam, S Jambu Keshan, 39, mati akibat ditembak oleh dua suspek lelaki tidak dikenali kira-kira 30 meter dari hadapan kedai makan milik bapanya. 
Difahamkan, suspek melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mangsa yang sedang leka mengeluarkan barangan daripada kereta Perodua Kancil miliknya. 

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati, mangsa ditembak dua suspek yang secara tiba-tiba muncul dari belakang mangsa dengan menaiki kereta model Toyota Vios berwarna perak. Untuk baca lebih lanjut sila ke SINI.


Tajuk berkaitan, 
Iklan Text
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!


Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami 


JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!


BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...


Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !


Seminggu $5000 Wow !! 


Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda


Endless Earning  programs
Allcoins.pw