Monday, November 26, 2012

Ratu Cantik Edar Dadah


Ratu cantik Mexico Maria Susana Flores Gamez - Lihat gambar lain.
CULIACAN (Mexico): Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam.

Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya. 

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.

“Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tepi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan," katanya. Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu. - Berita asal

Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak sehingga beberapa jam. Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap. Ikuti berita selanjutnya disini.- Berita asal
  
Iklan

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

Monday, November 19, 2012

Mangsa Rogol Dicampak di tepi jalan

Kejam sungguh, mangsa rogol ini dicampak ke laut.

Inilah kerja syaitan bertopengkan manusia dan hanya bertuhankan NAFSU. Cuba bayangkan kalau yang menjadi mangsa rogol adik kandung, kakak ataupun ibu sendiri !!
Ikuti kisah dari Seremban ini yang menghayat hati dibawah ini,

Sungguh menyayat hati apabila seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa rogol dan belasahan ditinggalkan dalam keadaan koma di persimpangan lampu isyarat di Pekan Lukut, Port Dickson, petang Jumaat lalu.

Mangsa berusia 20-an dipercayai warga tempatan hingga kini masih kritikal dan bergantung alat bantuan pernafasan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas dirujuk dari Hospital Port Dickson (HPD). 

Ketika ditemui kira-kira jam 6.35 petang Jumaat lalu, mangsa tidak memiliki identiti pengenalan diri, sekali gus menyukarkan polis untuk mengesan warisnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata kejadian menimpa wanita berkenaan hanya disedari apabila orang awam yang menemui mangsa terbaring di persimpangan lampu isyarat lalu menghubungi pihak hospital.

Menurutnya, mangsa dihantar mendapatkan rawatan di HPD sebelum dirujuk ke HTJS kerana parah.

“Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu mempunyai kesan keretakan di belakang kepala dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul selain cedera pada kedua-dua lutut serta siku akibat diseret dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

“Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan wanita itu dirogol berdasarkan beberapa elemen yang ditemui,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, semalam.

Katanya, ketika ditemui, wanita itu memakai baju-T merah jambu dan jean pendek selain memakai gelang tangan manik.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kami juga masih mengesan identiti wanita itu dan percaya dia rakyat tempatan berdasarkan suntikan BCG pada bahu kirinya,” katanya. 

Menurutnya, setakat ini belum ada sesiapa tampil bagi mencari ahli keluarga mereka yang hilang dan polis sudah melakukan semakan di negeri ini, namun tidak menerima laporan kehilangan wanita dalam tempoh terdekat ini. (Mangsa rogol dibuang bogel ditengah jalan raya

“Polis juga melakukan gerakan bagi mengesan suspek yang meninggalkan wanita berkenaan bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” katanya. (budak 6 tahun mangsa rogol)

 
Ikuti berita selanjutnya disini.

  
Iklan
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

Tuesday, November 6, 2012

Terkini : Obama kekal Presiden AS

Presiden Barack Obama - Lihat biodatanya,Facebook & Laman Webnya

Ini berita yang baru diterima dari Amerika Syarikat mengenai pilihanraya presiden, Nampak Barack Obama telah berjaya menewaskan pesaingnya iaitu Mitt Romney dari calon Republikan sekali gus membolehkan Obama menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat untuk dua penggal berturut-turut.

Tahniah !! Obama semoga pentadbiran anda boleh menghapuskan `islamofobia' !! dan tidak bersikap prejudis terhadap Islam.

 
Berita asal : WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menang dalam pilihan raya jawatan itu sekali gus mencatat sejarah sekali lagi dengan menafikan wujudnya pemulihan ekonomi lembap dan kadar pengangguran yang tinggi untuk menundukkan pencabar Republikan, Mitt Romney. Sumber : BeritaHarian

Banyak berita kemenangan Obama disini, Lihat ucapan terima kasih Obama


Ikuti : Facebook Barack ObamaLaman web rasmi Barack Obama.

Teks Iklan


Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

Sunday, November 4, 2012

Menakjubkan !! 38 Tahun Tak Pernah Turun

Satu Malaysia !!
Komen : Kisah benar ini terjadi di India, menakjubkan 38 tahun tidak pernah turunkan tangan!!!

NEW DELHI: Seorang lelaki tidak pernah menurunkan tangan kanannya sejak 1973.
Bekas kerani, Manhant Amar Bharti Ji dikatakan mengangkat tangannya pada tahun berkenaan sebagai menghormati Tuhan Hindu, Shiva.

Manhant meninggalkan keluarganya pada 1970 selepas berhenti kerja untuk mengabdikan diri pada Shiva.
Tiga tahun kemudian, kerana merasakan masih terikat dengan gaya hidup lamanya, Manhant mengangkat sebelah tangannya sebagai tanda taat kepada Tuhannya.

Dan hari ini, selepas 38 tahun, dia masih tidak menurunkannya, Pengikutnya berkata, dia enggan menggunakan tangannya itu bagi memisahkan dirinya dengan keseronokan hidup.
Manhant Amar Bharti dengan tangan tergantung

Ramai mengikut jejak Manhant dengan mengangkat tangan dan tidak menurunkannya selama beberapa tahun. Sumber


Teks Iklan

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,
Allcoins.pw