Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Tuesday, November 17, 2015

Shah Alam dan Kelang Banjir Lagi

Ini berita banjir yang telah melanda kawasana sekitar di Shah Alam dan Kelang ekoran hujan lebat petang semalam. 





Ikuti berita selanjutnya.

Lima kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami banjir kilat akibat hujan lebat petang ini, menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu mulai 3 petang hingga 5 petang tadi membabitkan kawasan Seksyen 13, Stesen Komuter Batu 3 dan Taman Subang Intan di Shah Alam yang dinaiki air sehingga mencecah paras 0.6 meter. 

Sementara di Klang, kawasan terbabit ialah di Jalan Padang Jawa dan Jalan Batu 3. "Sehingga 5 petang ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini. Semalam, sembilan kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami banjir kilat akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi yang menyebabkan kesesakan lalu lintas setelah banyak jalan tidak dapat dilalui. 

Kawasan terbabit ialah Seksyen 13, Seksyen 20, Seksyen U8, Stesen Komuter Batu 3, Persiaran Kerjaya dan Tol Bukit Jelutong, di Shah Alam manakala di Klang ialah di Kampung Bukit Kerayong, Taman Sentosa dan Jalan Kebun Nenas.

Selanjutnya di :SINI
Lima kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami banjir kilat akibat hujan lebat petang ini, menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul. Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu mulai 3 petang hingga 5 petang tadi membabitkan kawasan Seksyen 13, Stesen Komuter Batu 3 dan Taman Subang Intan di Shah Alam yang dinaiki air sehingga mencecah paras 0.6 meter. Sementara di Klang, kawasan terbabit ialah di Jalan Padang Jawa dan Jalan Batu 3. "Sehingga 5 petang ini, keadaan masih terkawal dan tiada kerja-kerja pemindahan mangsa dilakukan," katanya dalam kenyataan di sini. Semalam, sembilan kawasan di Shah Alam dan Klang mengalami banjir kilat akibat hujan lebat sejak tengah hari tadi yang menyebabkan kesesakan lalu lintas setelah banyak jalan tidak dapat dilalui. Kawasan terbabit ialah Seksyen 13, Seksyen 20, Seksyen U8, Stesen Komuter Batu 3, Persiaran Kerjaya dan Tol Bukit Jelutong, di Shah Alam manakala di Klang ialah di Kampung Bukit Kerayong, Taman Sentosa dan Jalan Kebun Nenas.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/97864