Sunday, January 27, 2013

DNA sah milik William Yau Zhen Zhong

Pemergian William setelah gerakan mencari besar-besaran

Akhirnya terjawap teka-teki, setelah keputusan DNA mendapat mayat lelaki yang dijumpai terapung di Pelabuhan Kelang ialah milik William Yau Zhen Zhong. Polis syak kanak-kanak ini terjatuh kedalam parit mungkin benar.

Semoga ibu bapa lebih terhati-hati dan mengawasi setiap ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. 

Hentikan keganasan kepada kanak-kanak segera !! 

Ketahui peranan UNICEF dalam pelindungan kanak-kanak


Ikuti berita penuh dibawah,

Keputusan DNA mengesahkan identiti mayat budak lelaki berusia enam tahun yang hilang di hadapan sebuah kedai elektrik di Putra Heights, di sini pada malam 16 Januari lalu adalah William Yau Zhen Zhong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata laporan awal mendapati spesimen darah A milik ibu mangsa, Goh Ying Ying, 26 dan darah B milik bapanya, Yau Kok Kang, 32 menunjukkan mayat berkenaan adalah anak kandung mereka.
"Keputusan DNA lewat petang semalam berkenaan mengesahkan kanak-kanak itu adalah William Yau," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
 
Akhbar hari ini melaporkan bahawa polis akan memanggil ibu bapa Zhen Zhong bagi membantu siasatan berhubung kononnya terdapat unsur penderaan ke atas anak mereka.

Yahaya berkata, pihak keluarga mangsa akan menuntut mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahiman sebelum tengah hari ini.  Sumber : BH


Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Monday, January 14, 2013

Lelaki Tempatan Tiru Awang Hitam

Berhati-hati bila chating di internet

Nampaknya lelaki tempatan sudah pun `menuntut ilmu' dari Awang Hitam, yang jadi mangsa wanita orang kita juga. Ini berikut kejadian penipuan oleh lelaki tempatan seperti berita dibawah.

KUALA LUMPUR - Kes penipuan penghantaran barangan palsu yang sering didalangi warga Afrika kini dilakukan pula oleh lelaki tempatan. Perkara ini terbongkar apabila mendapati mereka meniru modus operandi Awang Hitam untuk memperdaya wang milik seorang guru Taman Didikan Kanak-Kanak (tadika) baru-baru ini.

Dalam kejadian September tahun lalu, wanita berusia 26 tahun tersebut kerugian RM2,000 selepas ditipu oleh seorang lelaki tempatan bergelar Shafik. Mereka berkenalan sebulan sebelum itu menerusi laman sembang Yahoo Messenger.

Modus operandi Shafik seakan-akan sama dengan taktik yang digunakan warga Afrika apabila berpura-pura bercinta dengan mangsa sambil mengeluarkan ayat-ayat manis sebelum memberitahu akan menghantar barangan berharga selepas memastikan wanita berkenaan telah termakan kata-katanya itu.

Antara kandungan barangan yang kononnya hendak dihantar melalui pos termasuk gajet, wangian dan barangan perhiasan wanita.

Beberapa hari kemudian, mangsa yang teruja dengan tawaran tersebut telah dihubungi oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pekerja sebuah syarikat kurier memaklumkan yang dia dikehendaki membayar RM6,400 sebagai caj.  Sumber

 
Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Sunday, January 6, 2013

Suami cemburu belasah isteri berpantang

Ketahui punca-punca keganasan rumahtangga
Kangar: “Selain ditetak menggunakan pisau dan diseret dalam keadaan telanjang, kepala saya juga dihentak dengan alu lesung,” Anira Aziz, 27, dibelasah suaminya yang berang selepas mendakwa dia ada hubungan sulit dengan lelaki lain.

Anira Aziz menunjukkan alu lesung yang digunakan.
Kejadian berlaku di rumah pasangan itu di Kampung Repoh, dekat sini, jam 3.45 pagi kelmarin. Akibat kejadian itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak perempuan dan masih berpantang selepas kelahiran anak bongsunya 42 hari lalu menerima lebih 10 jahitan di belakang badan dan kepala, selain lebam pada mata kirinya.

“Saya begitu malu dan hanya mampu menangis akibat menanggung kesakitan apabila diperlakukan dengan kejam oleh suami sendiri,” katanya. Anira berkata, tidak cukup dengan diheret dan dibelasah, suaminya yang berusia 40-an turut membakar motosikal miliknya di depan rumah. Untuk artikel penuh sila ke Hmetro

Untuk topik yang berkaitan
1. Sebab-sebab berlakukan keganasan rumahtangga
2. Apa yang dikatakan keganasan rumahtangga

Iklan Teks
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,
Allcoins.pw