Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 21, 2012

Lagi Kes Sejadah Corak Babi

Sekadar Gambar Hiasan
Macam-macam hal sekarang ini, teknik halus `golongan tertentu' . Diharapkan umat Islam diMalaysia dapat berhati-hati ketika membeli.Harap pihak berkuasa ambil perhatian dan dapat mengambil langkah tertentu.
 
SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Inilah sejadah yang dimaksudkan

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu. Ini pula sejadah corak salib, sejadah seks,


“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai

 Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil,” katanya.

 Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

“Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

“Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam,” katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang ‘panas’ dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

“Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya,” katanya.

Sejadah yang dimaksudkan

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang. Sumber

Monday, March 19, 2012

Gadis Bawah Umur Dirogol Dalam Kontena

Manusia Yang Lebih Darjatnya Dari Haiwan - Sekadar Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Angkara terlalu mengikut nafsu, seorang duda kepada tiga anak sanggup menjadikan gadis bawah umur yang baru dikenali tiga minggu sebagai pemuas nafsu dengan merogolnya di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun, 4 Julai lalu.

Bagaimanapun, natijah perbuatan terkutuk Jefri Hisham Devandass, 31, dari Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu itu terbalas setelah dia dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin selepas tertuduh yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah atas dakwaan di bawah Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 4 Julai lalu antara jam 8.45 malam sehingga jam 9 malam di dalam sebuah kontena di belakang sebuah stesen minyak di Paka, Dungun didakwa telah merogol seorang gadis bawah umur, 15 tahun 5 bulan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
 
Suspek yang Terlibat


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah menarik tangan mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dan memaksa masuk ke dalam kontena tersebut lalu bertindak membuka pakaian mangsa.

Sejurus berbuat demikian, tertuduh telah merogol mangsa di atas katil di dalam kontena tersebut kira-kira lima minit.

Mangsa berjaya melarikan diri selepas tertuduh beredar dari lokasi kejadian sebaik sahaja merogolnya dan terus membuat laporan polis di Balai Polis Dungun dengan ditemani ahli keluarganya.

Laporan perubatan turut mendapati ada kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa. Rentetan laporan dibuat, tertuduh berjaya ditangkap pada 9 November lalu kira-kira jam 10.45 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di Kampung Kebor Air Manir, di sini.

Anwar Takut Kepada Raja Petra Kamarudin ??

Datuk Seri Anwar Ibrahim  Oh Tidak..PRK join sekali ker ?

Raja Petra Kamarudin - Dulu Kawan Kini LAWAN !

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penakut kerana meminta penganjur forum Wikileaks mengeluarkan nama Raja Petra Kamarudin (biodata Raja Petra Kamarudin dan isterinya Marina Lee binti Abdullah ) dari senarai peserta forum itu.
Muhyiddin berkata keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim (biodata beliau)untuk berdepan dengan pengendali portal MalaysiaToday itu menunjukkan bahawa Anwar bimbang Raja Petra akan membocorkan segala rahsianya.
 

Dia (Anwar) hanya sanggup berdepan dengan orang asing tetapi tak sanggup berdepan dengan Raja Petra. Raja Petra sudah mencabar dia berkali-kali, nampaknya mungkin kerana dia takut berhadapan dengan Raja Petra yang pernah menjadi penyokong kuat beliau (akan) membocorkan rahsia-rahsianya.

"Jadi kalau Anwar betul anak jantan, dia patut ke depan dan tak harus bimbang, jangan takut sangat apa yang disebut Raja Petra, malahan cabaran yang dibuat oleh Raja Petra tak disahut, mungkin (ada) sesuatu yang beliau (Anwar) nak selindung dari orang ramai," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Umno Wilayah Persekutuan di Stadium Tertutup Titiwangsa, di sini hari ini.

Forum yang berlangsung semalam di Kent, England bagi membincangkan senario politik global itu turut mempertemukan pengasas laman web WikiLeaks Julian Assange dan Anwar menerusi komunikasi Skype.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Parlimen yang akan memutuskan terma rujukan bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) bagi meneliti isu berkaitan kilang nadir bumi Lynas, bukannya kerajaan.

Beliau berkata penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu berkaitan Lynas oleh Anggota Parlimen, wakil kerajaan dan bukan kerajaan yang akan dilantik kelak.

"Jadi soal tidak ada kuasa tak timbul, ianya bukan keputusan kerajaan sahaja tapi itu adalah keputusan Parlimen. PSC akan bersidang untuk berbincang soal Lynas dan yang itu adalah skop kuasa Parlimen bukan kerajaan," katanya.

Kabinet pada Jumaat dilaporkan memberi lampu hijau kepada penubuhan jawatankuasa itu di tengah-tengah kebimbangan berhubung sebarang kemungkinan risiko ke atas keselamatan dan kesihatan.

Mengulas isu Bersih 3.0 (Komen Pas mengenai Bersih 3.0), Muhyiddin berkata ia hanyalah gimik politik dari pihak pembangkang.


"Kita tak tahu apa sebab dia nak buat perhimpunan, semua pun gimik politik saja, pasal dia rasa momentum Pakatan (pembangkang) agak menurun, jadi nak bina balik ialah dengan mengadakan begini," katanya. Sumber