Monday, February 25, 2013

Rozita Che Wan Akan Bernikah Julai 2013


Anggun dan seksi , lihat buktinya , Baca kisah hidup Rozita Che Wan


Amboi-amboi jeles tengok pic bawah ini, bergurau senda pulak Kak Rozita, siap berbisik-bisik, orang kata bisik-bisik kayu api, bisik-bisik  nak berlaki, memang betul pokok yang bergoyang selama ini, kan baik berterus-terang sahaja. Apa pun tahniahlah Kak Rozita.

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin (baca sejarah hidupnya), 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.

  “Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.


Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.                                                                                      

Ikuti berita sepenuhnya diMetro
Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!




Endless Earning  programs,

Saturday, February 23, 2013

Jual Anak Untuk Bayar Rawatan Suami

Baca kisah sedih ini
Beberapa bulan selepas satu keluarga kelaparan terpaksa berpisah dengan anak mereka akibat kemiskinan melampau, seorang lagi wanita di Bihar menjual bayi perempuannya berusia dua bulan pada harga 5,000 rupee (RM284.82) untuk membayar bil perubatan suaminya yang sakit. 

Shama Perveen, penduduk Isopur di Phulwarisharif di sini, menjual bayi perempuannya Nazia kepada penduduk kampung Shehzadi, beberapa hari lalu.

Saya tiada pilihan lain kecuali jual bayi untuk dapat wang membayar rawatan suami," Shama Perveen, Penduduk Isopur

Ibu tiga anak itu terpaksa mengambil tindakan itu selepas tiada siapa membantu suaminya, Sarfaraz yang mengalami sakit dalam perut.

Tiada pilihan

“Saya bertanya hampir semua penduduk sekitar untuk bantuan kewangan tetapi tiada siapa mahu. Saya tiada pilihan lain kecuali jual bayi untuk dapat wang membayar rawatan suami,” kata Shama kepada media kelmarin.

“Saya kini resah selepas jual anak perempuan tunggal saya, namun apa yang dapat saya lakukan? Tiada jalan lain. Jika saya tidak lakukannya, suami saya akan mati.
“Doktor beritahu, dia perlu jalani pembedahan segera yang menelan belanja 5,000 rupee.

“Apabila susah hati, saya jumpa wanita itu untuk lihat bayi saya. Melihatkan bayi itu di pangkuannya, saya lega,” kata Shama.
 
Baca lebih lanjut kisah bapa lelong anak sendiri..
 

Suaminya memperoleh wang dengan melakukan kerja mengecat, namun sejak beberapa bulan lalu, dia mengalami masalah kewangan meruncing kerana terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Julai lalu, seorang wanita miskin dari blok Forbesganj di timur daerah Araria di Bihar menjual bayi lelaki empat bulan kepada pasangan Nepal dengan bayaran hanya 62 rupee (RM3.53) oleh kerana keluarga terbabit benar-benar dalam kesempitan hidup. Budak lelaki itu kini masih tidak dapat dikesan. - AGENSI 
 
Baca Ini,
 
Bapa Miskin Jual Anak - Jom tengok gambar
ssss

Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

Tuesday, February 19, 2013

Awas Pemalsuan Air Anugerah

Hati-Hati Dengan Air Anugerah Yang Palsu - Thanks Pinks Ummi
Kepada pembeli air jampi seperti air anugerah, mesti berhati-hati kerana sudah banyak yang palsu dipasaran.

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.


Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha itu juga diambil untuk mengawal penjualan air jampi di pasaran sekiranya terdapat unsur penipuan dan mendatangkan kekeliruan kepada pengguna. 



"Kami akan bincang dulu dengan Jakim supaya kita boleh kawal air jampi yang menggunakan iklan yang boleh mengelirukan pengguna sekaligus menipu mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada 8,531 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, semalam.
Beliau berkata walaupun tiada sekatan dikenakan terhadap penjualan air jampi di pasaran, garis panduan dan peraturan yang dikeluarkan haruslah ditepati peniaga produk itu terutama dari segi pengiklanan.


"Kami telah keluarkan peraturan bahawa tidak boleh mengeluarkan iklan yang mengelirukan semata-mata untuk menarik pengguna membeli sesuatu produk dan garis panduan itu hendaklah dipatuhi oleh mereka," katanya.


Beliau berkata kedegilan pengusaha produk untuk mematuhi peraturan itu boleh diambil tindakan kerana cuba menipu orang ramai.

Ismail Sabri berkata tindakan juga boleh dikenakan terhadap mereka yang mengeluarkan testimoni tidak tepat setelah menggunakan sesuatu produk kerana ia mengundang kekeliruan orang ramai terhadap produk itu.

"Testimoni pengguna kena tepat iaitu mereka mesti buktikan sesuatu produk yang diambil itu berkesan atau tidak ke atas mereka, sekiranya didapati testimoni tidak tepat, dia boleh diambil tindakan kerana menipu," katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan para penuntut supaya tidak menyalah guna BB1M dengan menukarkannya dalam bentuk wang tunai dengan pihak ketiga.

Tindakan itu boleh membantut hasrat kerajaan yang mahu meringankan bebanan penuntut ketika membeli bahan bacaan yang diperlukan untuk pembelajaran, katanya sambil menggalakkan mahasiswa membeli buku di koperasi universiti masing-masing: Sumber

Iklan Teks 


Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini


Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!




Endless Earning  programs

 http://www.mimiepinkummi.my/2013/01/hati-hati-dengan-air-anugerah.html

Monday, February 4, 2013

Lacur Diri Untuk Langsai Hutang

Hamba Seks di Malaysia
Berita sedih dari Australia, dipaksa kerja 20jam untuk langsai hutang dirumah pelacuran.
 
Seorang wanita yang dituduh mengendalikan rumah pelacuran di Sydney memberitahu mahkamah, enam wanita rakyat Malaysia yang ditahannya dalam kes 'perhambaan seks' perlu melacurkan diri untuk melangsaikan bayaran yang mereka berhutang untuk datang ke Australia. 

Semua wanita tersebut dikatakan dipaksa untuk bekerja sebagai pelacur selama 20 jam setiap hari.
Wong Chee Mei, 37, mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan perhambaan seks dan enam pertuduhan melanggar visa, termasuk mengeksploitasi pekerja, menurut laporan Australian Associated Press (AAP).

Pada hari pertama perbicaraan kes di Mahkamah Daerah New South Wales di Sydney pada Isnin, Chee Mei yang juga dikenali sebagai Yoko, mengendalikan rumah pelacuran Diamonds di Willoughby di utara Sydney antara Ogos 2008 dan 2010.

Hamba Seks di Australia
Dia didakwa menggaji enam wanita keturunan India yang diambil kerja di Malaysia dan dihantar ke Australia atas visa pelajar. Pendakwa Raya Carolyn Davenport SC berkata, wanita itu hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung bahasa Inggeris dan mereka diberitahu yang mereka perlu bekerja sehingga selesai melangsaikan kos tiket penerbangan, visa dan yuran kursus berjumlah kira-kira A$5,000. 

"Sebaik tiba di negara ini, mereka juga diberitahu jenis perkhidmatan yang perlu mereka lakukan di rumah pelacuran itu," beliau dipetik berkata demikian oleh AAP. Apabila mereka enggan berbuat demikian, mereka diberitahu yang mereka mesti melakukannyaArtikel Penuh di KOSMO

1. Langsai  hutang dengan jual buah pinggang.

2. Langsai hutang dengan melacur kerana hutang Ah Long

3. Langsai hutang dengan jual rambut

4. Langsai hutang karpet dengan gadai anak

5. langsai hutang dengan kerja `online'. Halal Punya

6. Langsai hutang dengan `traffic' Percuma Pulak Tu

Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,
Allcoins.pw