Wednesday, July 4, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia

Osman Kering dalam kenangan. Al-Fatihah

Pada hari ini 29 Jun 2012, kita kehilangan seorang seniman iaitu pelawak Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim (54)  menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 3.45pm di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Jenazah Allahyarham kini berada di hospital tersebut dan akan dibawa ke Masjid Najihin, Cheras untuk disempurnakan.

Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Isyak malam ini. Berita sedih ini disahkan oleh anak kelima Allahyarham iaitu Norhabriyah.

Minggu lalu, pelawak itu diberitakan telah meninggal dunia dan khabar angin itu telah tersebar di laman sosial. Allahyarham dikatakan meninggal disebabkan oleh `tuberculosis'

Apa2 pun sama2 kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga Osman Kering. Al-Fatihah....

Sumber : Gua

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw