Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Wednesday, July 11, 2012

Kes Penceraian Sasha Dengan Salyo : Tiga Tahun Tidak Sebilik


Tinggal kenangan : Ikuti kontrovesi perkahwinannya digereja.

KUALA LUMPUR: Selepas berhadapan dengan pelbagai spekulasi berikutan dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur, dekat sini, baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Salyo Priyanto Nutosoemarsono di sini, semalam. 

Lafaz cerai itu diucapkan Salyo pada jam 2.55 petang di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Sasha.

Sasha selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lebih menarik, Sasha memohon untuk menyerahkan satu nota kepada mahkamah kerana tidak mahu mendedahkan punca kemelut rumah tangga mereka secara terbuka ketika ditanya sebab memfailkan permohonan cerai itu.

 “Kalau saya bagi nota pada Yang Arif, Yang Arif boleh baca kan?” tanya Sasha sebelum menyerahkan nota kepada mahkamah. Sumber : Metro

Bagi Shasha inilah perkahwinannya yang kedua, yang hanya bertahan selama 5 tahun dan mereka dikurniakan seorang anak tunggal, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia 3 tahun. Sumber : Izan

Topik berkaitan,


No comments:

Post a Comment