Friday, July 13, 2012

Mati Dibunuh Selepas Terima SMS

HULU SELANGOR – Ketakutan seorang pekerja kilang perabot warga Myanmar yang mendakwa dirinya mangsa gangguan seseorang menjadi kenyataan apabila dia ditemui mati dengan kesan tikaman bertubi-tubi di belakang badan di Jalan Jenjarom 1G, Bukit Sentosa di sini semalam.

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Nay San, 35, ditemui tanpa memakai baju tertiarap dan berlumuran darah atas lantai di sebuah bilik di tingkat satu kilang perabot yang disewa mangsa. Mayat itu ditemui oleh rakan sekerja pada pukul 10 pagi.


Ketua polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, pemeriksaan pada mayat mangsa menemui sembilan kesan tikaman di belakang badan, tiga kesan luka di kepala dan dua kesan luka di dahi.

“Pada pukul 11.50 malam tadi (kelmarin), mangsa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada majikannya berbunyi: ‘Khi kilang orang aye tun naung kacau saya bos’,” kata Norel ketika dihubungi.

Menurut beliau, pemeriksaan di bilik tempat mayat mangsa ditemui mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Kosmo

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw