Monday, July 23, 2012

Pengambilan Syabas Ditolak Kerajaan Pusat

Ikuti Sejarah Penubuhan SYABAS
Kerajaan Pusat melalui Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , pengambilalihan Syabas tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri Selangor tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi seperti kenaikan tarif air dan pampasan.

Rakyat teraniaya kerana keegoan bila isu air dipolitikkan
"Walaupun ada klausa 32 dalam perjanjian konsesi, kerajaan negeri boleh ambil alih tetapi kita dapat nasihat ini tidak boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan prosedur yang tidak dapat dipenuhi Kerajaan Negeri Selangor dan Syabas.

"Apa pun kita meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan membuat keputusan muktamad dengan segera," katanya pada sidang media selepas jawatankuasa tersebut mengadakan pertemuan di sini semalam.

Loji air di Dengkil beroperasi melebihi kapasiti

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala.

Muhyiddin memberitahu, krisis air di Selangor kini berada dalam keadaan kritikal apabila lima daripada 34 buah loji rawatan air di negeri tersebut terpaksa mengeluarkan bekalan air terawat melebihi kapasiti sebenar. Sumber Kosmo

Topik berkaitan,

Iklan : Program kutip duit dengan klik sahaja, dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda, `Endless programs.

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw