Sunday, October 7, 2012

Bahana Memberi Suapan Kepada Pegawai Polis.


Mengapa Gejala Rasuah Menjadi-jadi ?
KUALA TERENGGANU: Dua beradik yang bekerja sebagai buruh binaan mengaku tidak bersalah hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan dengan niat bersama memberi suapan RM1,850 kepada seorang pegawai polis, Khamis lalu.

Nik Fairoz Amri Nik Soh, 27, dan adiknya Nik Auzan Haris, 25, didakwa memberi suapan kepada Inspektor Mohd Hafizul Ashraff Mohammed dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu sebagai dorongan kepadanya untuk tidak mengambil tindakan ke atas mereka kerana memiliki dadah. 
 
Dua beradik dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik No 12 Sederhana Inn, 1483 Tingkat 1, Ibai Landmark Gard, Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini kira-kira jam 8.55 pagi.

Mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan di bawah pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Hakim Wan Fadhilah Wan Idris menetapkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Nov depan untuk sebutan kes.

Mereka bagaimanapun gagal membayar wang jaminan.

Dua beradik itu kini ditahan reman bagi penyiasatan memiliki dadah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala dua tertuduh diwakili peguam Nik Mohd Radhia Nik Abdul Ghani. - BERITAHARIAN
 
Komen :  Ini kisah bahana memberi rasuah kepada pegawai polis yang jujur !!!

Iklan Ringkas 
Senang cari duit disini

Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Dapatkan 1,000,000 traffic percuma.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
Seminggu $5000 Wow !! 
Endless Earning  programs,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw