Sunday, April 8, 2012

Jururawat HUSM Kantoi Semasa Seluar Dalam

Komen : Kelakarnya jururawat HUSM  ini, mungkin dia nak hadiahkan kepada suaminya, atau cari `extra income' maklumlah dia banyak hutang dan tanggungan ramai. Nak untung RM190.82  tapi rugi RM3,800 he he he !!

Ikuti kisah jururawat HUSM dibawah ini dan lupa lihat seluar paling unik didunia.

KOTA BHARU – Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri satu kotak seluar dalam lelaki jenama Edwin dan beberapa barangan lain di sebuah pasar raya di sini pada minggu lalu.

Zubaidah Yaacob Jururawat HUSM
Bagaimanapun, tertuduh Zubaidah Yaacob, 26, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Zubaidah didakwa melakukan perbuatan tersebut di pasar raya Giant Pusat Dagangan Kota Bharu (KBTC) di Jalan Parit Dalam di sini pada pukul 2.30 petang, 3 April lalu.

Selain satu kotak seluar dalam jenama Edwin, Zubaidah turut didakwa mencuri dua helai baju-T lelaki jenama Polo,
 sehelai baju perempuan jenama LD Mat, satu tali pinggang kulit, sepasang selipar jenama G-Style, satu getah pengikat rambut jenama G-Style dan satu klip rambut jenama G-Style milik pasar raya tersebut.

Difahamkan nilai keseluruhan barangan yang didakwa dicuri jururawat itu sebanyak RM190.82.

Zubaidah dari Kampung Padang Lati Bekelam, Bachok, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan tertuduh dengan jaminan sebanyak RM4,500.

Bagaimanapun, Zubaidah yang berada di kandang tertuduh memohon supaya wang jaminannya dikurangkan.

“Saya banyak hutang, tanggungan ramai, saya mohon wang jaminan dikurangkan,” kata Zubaidah yang difahamkan sudah berkahwin. (Artis tonggeng tunjuk seluar diatas pentas)


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,800 dan menetapkan 30 April ini untuk sebutan kes. 

Sementara itu, Zubaidah dilihat sudah berada di mahkamah sejak pagi.

Zubaidah menutup mukanya dengan tangan apabila jurugambar mahu merakam wajahnya. Dia membayar wang jaminan. Sumber


No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw