Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Monday, April 2, 2012

Bakar diri kempunan pakaian seragam baru

Ingin lihat gambar lama yang menarik seperti ini ? Klik ini
ISLAMABAD: Seorang pelajar mati selepas membakar dirinya (Self immolation) apabila keluarganya gagal untuk membelikan pakaian seragam sekolah kerana tidak mampu.

Pelajar pintar, Kamran Khan, 13, belajar di sebuah sekolah swasta atas pembiayaan biasiswa, malu apabila ibu bapanya tidak mampu menggantikan pakaian seragam sekolah yang sudah lusuh.

Apabila ibu bapanya enggan membelikan pakaian seragam baru, dia mengancam membunuh diri sebelum menyiram tubuhnya dengan petrol dan kemudian membakar dirinya.(Self immolation) . Dia melecur teruk dan meninggal dunia di hospital.

Abangnya Saleem Khan memberitahu, Karman tidak pernah meminta apa-apa sebelum ini, tetapi sejak beberapa hari lalu, merayu ibu bapanya membelikan pakaian seragam baru. Saleem berkata, Karman berkelahi dengan ibunya, yang bekerja sebagai pembantu rumah. 
 
Ibunya hilang sabar dan menampar anaknya itu sambil memberitahu dia tidak mampu untuk membelikannya pakaian seragam baru. Sumber :
 
Komen : Kasihan ibunya kehilangan anak pandai tetapi tidak tahu bersyukur..

No comments:

Post a Comment