Thursday, August 11, 2016

Bahana Pokemon Go


Nampaknya permainan Pokemon Go banyak keburukan dari kebaikan kerana mengundang perlbagai masalah buat si permain. Baru baru ini Taiwan mula mengenakan 1,200 saman kepada mereka yang bermain permainan ini di jalanraya.

Baca selanjutnya dibawah ini,

Taiwan meminta pembina Pokemon Go menjadikan lebuh rayanya sebagai kawasan larangan permainan realiti maya itu selepas lebih 1,200 orang disaman kerana bermain Pokemon Go semasa memandu.

Pihak berkuasa kini bergelut dengan demam Pokemon Go di Taiwan. Permainan itu menjadi punca berlakunya kemalangan ketika pengguna-pengguna jalan raya leka memburu raksasa maya di persekitaran sebenar.

Biro Lebuh Raya Nasional menyatakan semalam bahawa pihaknya telah meminta pembina aplikasi permainan itu, Niantic supaya tidak melibatkan lebuh raya serta pusat rawat dan rehat di pulau itu.

“Kami meminta mereka tidak meletakkan raksasa Pokemon di kawasan sekitar lebuh raya,” kata jurucakap biro berkenaan, Chen Ting-tsai.

Menurut Agensi Polis Nasional pula, kira-kira 1,210 pemandu didapati melanggar peraturan trafik kerana bermain Pokemon Go ketika memandu sejak permainan popular itu dilancarkan di Taiwan Sabtu lalu.

Pemandu yang ditangkap menggunakan telefon pintar semasa memandu boleh disaman sebanyak NT$3,000 (RM383), manakala penunggang motosikal perlu membayar denda NT$1,000 (RM127).

Pentadbiran Kereta Api Taiwan juga mengharamkan Pokemon Go dan menyatakan, pihaknya akan menghubungi Niantic supaya tidak meletakkan raksasa maya di stesen dan di dalam kereta. Sumber Kosmo



No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw