Thursday, November 27, 2014

Harga Minyak Lebih Rendah 1 Disember ini

PUTRAJAYA: Trend harga minyak mentah di pasaran dunia sejak 1 November lepas dijangka mempengaruhi penurunan harga petrol RON95 di pam dalam lingkungan antara tiga atau empat sen berbanding harga semasa pada 1 Disember ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata trend penurunan harga minyak mentah serta kenaikan terlalu kecil harga tiga hari lalu, dijangka tidak akan menjejaskan harga purata minyak secara keseluruhannya bagi bulan November.

Pada masa ini, harga runcit petrol RON95 adalah RM2.30 seliter manakala diesel RM2.20 seliter.

"Saya tidak kata akan turun, tapi (jika) mengikut trend, ya. Kita melihat dalam tiga hingga empat sen lebih rendah daripada harga di pam (sekarang)," katanya mengulas kemungkinan harga RON95 akan turun pada 1 Disember ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi taklimat "town hall" Bajet 2015 kementeriannya di sini, hari ini.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, mengumumkan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini.

Mengulas lanjut, Alias berkata mengikut Economist Intelligence Unit (EIU) Amerika Syarikat (AS), harga minyak mentah dijangka menyaksikan trend penurunan sehingga tahun depan. 

Katanya, unjuran EIU itu mengambil kira perkembangan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC), kontrak minyak mentah Brent dan kontrak minyak penanda aras di AS, West Texas Intermediate (WTI). -BH
Kuala Lumpur: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) akan menjalankan operasi pemotongan bekalan air di enam kawasan di negeri itu bulan depan dan menasihatkan pengguna supaya segera menjelaskan bayaran bil air tertunggak.
Beberapa kawasan terbabit ialah Petaling, Klang/Shah Alam, Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor dan Sabak Bernam.
Syarikat itu dalam kenyataan, berkata pengguna yang bekalan air mereka dipotong akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dibuat.
Caj itu bukan denda atau penalti tetapi caj tetap perkhidmatan bagi pemotongan dan penyambungan semula bekalan air seperti diwartakan Kerajaan Selangor mengikut Enakmen Pembekalan Air 1997 iaitu Kaedah-Kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih digunapakai.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian bebas tol Syabas di 1800885252 atau menghantar SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222 atau melayari Twitter dan Facebook Syabas
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12320#sthash.GkvW23Bw.dpuf

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw