Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Friday, November 14, 2014

Lelaki Tempatan Hilang RM5000 kerana FaceBook

Seorang lelaki berusia 39 tahun mendakwa diperdaya lebih RM300,000 oleh seorang warga asing yang baru dikenalinya menerusi media sosial Facebook.

Lelaki tempatan itu melaporkan insiden terbabit kepada polis pada 11 November dengan mendakwa satu transaksi pemindahan mata wang bank memerangkapnya untuk mempercayai urusniaga itu sebagai tulen, berikutan modus operandi yang begitu licik sehinggakan seolah-olah bukan dilakukan sindiket penipuan mata wang asing.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, modus operandi seperti yang didakwa pengadu didalangi beberapa individu warga asing dan tempatan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa menghubungi seorang warga Amerika yang dikenalinya menerusi Facebook dan kemudian berurusan dengannya berkaitan transaksi pemindahan mata wang bank berjumlah AS$2 juta (RM6.7 juta) menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam 'perbualan Facebook' itu, mangsa diminta berjumpa seorang ejen, seorang warga British berumur 30-an, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Ogos.
 
"Bagi menjayakan modus operandi itu, mangsa diminta bertemu seorang lagi warga British yang kemudian menunjukkan kepadanya sebuah beg mengandungi mata wang berjumlah AS$2 juta (RM6.7 juta). Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa bersetuju dengan urusniaga itu.
Tambah Adzhar, mangsa kembali ke Labuan pada hari berikutnya dan diminta memasukkan RM7,050 menerusi Pemindahan Dana Antarabangsa bagi proses transaksi pemindahan mata wang ke dalam akaun seorang rakyat tempatan di Labuan.

Menurutnya, mangsa turut menyerahkan AS$4,000 (RM13,431) tunai kepada ejen itu di sebuah hotel, dan ejen itu memaklumkan kepadanya pemindahan matawang itu akan dilakukan pada 10 November.

"Bagaimanapun seorang wanita tempatan menghubungi mangsa dengan memperkenalkan dirinya sebagai pembantu ejen itu dan dia sedang dalam perjalanan untuk menyerahkan matawang terbabit.

"Apa yang memeranjatkan mangsa adalah wanita itu tiba-tiba memberitahunya dia ditahan polis dan mulai saat itu, mangsa merasakan dia terperangkap dan tertipu lalu membuat laporan polis," katanya. - Bernama

Iklan Text

No comments:

Post a Comment