Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Wednesday, March 5, 2014

Bila Aedes Mengamuk..

Musim yang panas kering telah menggalakkan pembiakan nyamuk aedes, tak pasti kolerasinya.Kita semua hendaklah berhati-hati dan membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Setakat ini ramai yang telah menjadi mangsa. Sila baca berita dibawah ini,

Sebanyak 29 kematian akibat denggi dilaporkan sejak Januari sehingga 22 Februari, peningkatan 263 peratus atau lapan kematian berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata, 16,383 kes denggi dilaporkan dari tempoh sama dengan peningkatan sebanyak 316 peratus berbanding tahun lepas.

"Bagi minggu ke lapan tahun ini (16 - 22 Februari 2014), empat kematian dilaporkan berlaku melibatkan dua wanita berusia 34 tahun dan 37 tahun serta dua lelaki berusia 21 tahun dan 35 tahun kerana komplikasi demam denggi," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sejumlah 580 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 12 negeri antaranya 354 lokaliti di Selangor, 66 lokaliti di Negeri Sembilan, 48 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, 30 lokaliti di Johor, 25 lokaliti di Perak dan 23 lokaliti di Kelantan.

Tujuh negeri turut menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Sabah, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.

Orang ramai, katanya, boleh mendapatkan bekalan ubat pembunuh jentik-jentik di semua pejabat kesihatan berhampiran.

Artikel Penuh:  KOSMO
Hakcipta terpelihara
  
Iklan Text

No comments:

Post a Comment