Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Tuesday, September 24, 2013

Pelatih PLKN Terbunuh Kerana Potong Barisan

Pelatih PLKN- Laman Rasmi PLKN
Awas jangan potong barisan !, nanti anda mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan pelatih PLKN Muhammad Suhaimi Norhamidi yang maut gara-gara memotong barisan semasa mengambil sarapan pagi.
Setakat ini sudah bermacam-macam kes yang melibatkan pelatih PLKN. Harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak reputasi PLKN menjadi lebih buruk.
Ikuti berita selanjutnya dibawah,
KUANTAN – Polis semalam mengesahkan kematian Muhammad Suhaimi Norhamidi, pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah Ahad lalu akibat dibunuh selepas mangsa terlibat dalam pergaduhan yang berpunca daripada rasa tidak puas hati. Mangsa dipercayai dipukul di kepala menggunakan objek tumpul.
Ekoran itu, polis telah menahan reman tiga pelatih PLKN kem tersebut yang berusia antara 18 dan 21 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Ketiga-tiga remaja dari Pahang dan Johor itu ditahan kelmarin.
Mereka direman selama seminggu sehingga 30 September ini selepas laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia kerana berlaku pendarahan dalam kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd. Haris Daud berkata, siasatan mendapati pergaduhan tersebut berpunca apabila mangsa didakwa telah memotong barisan ketika hendak mengambil sarapan pagi.
Katanya, ekoran tindakan mangsa itu, beberapa pelatih lain dipercayai tidak berpuas hati hingga tercetus pergaduhan antara mereka.
“Terdapat dua pergaduhan membabitkan mangsa dan beberapa pelatih lain iaitu pada tengah hari dan pada pukul 11.30 malam sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri di dalam bilik air asrama oleh rakannya 30 minit kemudian.
“Belakang kepala mangsa kemungkinan telah dipukul dengan objek tumpul ketika pergaduhan tersebut sehingga menyebabkan kematiannya,” katanya ketika dihubungi semalam.  Ikuti artikel penuh di : KOSMO
Tajuk berkaitan, 

Iklan Text

No comments:

Post a Comment