Sunday, January 27, 2013

DNA sah milik William Yau Zhen Zhong

Pemergian William setelah gerakan mencari besar-besaran

Akhirnya terjawap teka-teki, setelah keputusan DNA mendapat mayat lelaki yang dijumpai terapung di Pelabuhan Kelang ialah milik William Yau Zhen Zhong. Polis syak kanak-kanak ini terjatuh kedalam parit mungkin benar.

Semoga ibu bapa lebih terhati-hati dan mengawasi setiap ahli keluarga terutamanya kanak-kanak. 

Hentikan keganasan kepada kanak-kanak segera !! 

Ketahui peranan UNICEF dalam pelindungan kanak-kanak


Ikuti berita penuh dibawah,

Keputusan DNA mengesahkan identiti mayat budak lelaki berusia enam tahun yang hilang di hadapan sebuah kedai elektrik di Putra Heights, di sini pada malam 16 Januari lalu adalah William Yau Zhen Zhong.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata laporan awal mendapati spesimen darah A milik ibu mangsa, Goh Ying Ying, 26 dan darah B milik bapanya, Yau Kok Kang, 32 menunjukkan mayat berkenaan adalah anak kandung mereka.
"Keputusan DNA lewat petang semalam berkenaan mengesahkan kanak-kanak itu adalah William Yau," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, sebentar tadi.
 
Akhbar hari ini melaporkan bahawa polis akan memanggil ibu bapa Zhen Zhong bagi membantu siasatan berhubung kononnya terdapat unsur penderaan ke atas anak mereka.

Yahaya berkata, pihak keluarga mangsa akan menuntut mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahiman sebelum tengah hari ini.  Sumber : BH


Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw