Tuesday, August 21, 2012

Warkah Buat Isteri



SEREMBAN: “Doktor menjangkakan hayat isteri hanya 20 tahun saja, namun saya percaya, ajal di tangan Allah dan siapa kita untuk menentukannya,” luah bekas perunding kewangan, Abil Fikri Ahmad, 43, yang pasrah mengharapkan isterinya, Fauziah Muhamad, 38, pulih daripada penyakit kegagalan saraf otak dialaminya sejak lebih setahun lalu.
Menurut Abil Fikri beliau tidak pernah sekalipun berputus harap melihat keadaan isterinya yang baru dikahwini dua tahun lalu kini terlantar seperti kayu, umpama jasad tidak bernyawa akibat kegagalan saraf otak selepas diserang asma.

Katanya, dia reda dan menganggap apa yang berlaku antara ujian Allah yang harus ditempuhi, walaupun isterinya dianggap sudah tidak mampu untuk sembuh.
Mengimbas laporan Harian Metro terdahulu, Abil Fikri yang berkhidmat di sebuah bank di ibu negara sanggup berhenti kerja demi menjaga Fauziah yang kini terlantar akibat penyakit itu sejak Jun tahun lalu.

“Walaupun berat hati untuk mengetahui harapan isteri sama ada boleh pulih atau tidak, saya terpaksa bertanyakan doktor untuk persediaan di masa depan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Putih, Rasah, di sini.

Katanya, lebih memilukan, keadaan isterinya makin teruk dan doktor menjangkakan wanita itu tidak mampu pulih lagi dan akan terlantar sehingga akhir hayatnya. “Kini, isteri terlantar hampir setahun dua bulan dan doktor menjangkakan, sekiranya lebih setahun dia berkeadaan begitu, harapan untuk pulih amat tipis. “Namun, setiap hari saya akan terus berharap dan bersabar menunggu ‘kepulangan’ isteri tercinta,” katanya.

Untuk membuktikan cintanya pada si isteri, dia mencipta sebuah blog bertajuk ‘Warkah Buat Isteri’ sebagai rentetan kehidupan dilaluinya termasuk ketika menjaga wanita itu.

“Saya tidak sangka, pembabitan saya dalam blog tiga bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan apabila kini hampir mencecah 300,000 pengikut. “Alhamdulillah, kini dengan bantuan masyarakat di luar sana, saya kini mendapat semangat luar biasa berikutan orang ramai tidak putus memberikan dorongan,” katanya.
Abil berkata, sebenarnya dia tidak terfikir untuk membuat blog berkenaan, bagaimanapun, sebaik memikirkan kemungkinan isterinya sembuh dan ditakdirkan dia meninggal dunia, wanita itu dapat membaca setiap luahan hatinya.

“Blog abil4fauziah.blogspot.com saya tujukan khas buat isteri tersayang dan diharap setiap pembaca mendapat manfaat berikutan di dalamnya saya turut menyelitkan beberapa motivasi dan rangsangan untuk menjadi manusia tabah,” katanya. Baca lebih disini

Komen : Beruntunglah si isteri dapat suami yang mithali sama seperti tahun-tahun lepas

Teks Iklan

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...

Cuma beli ubat gigi dapat berlian jom cepat masuk

 kad raya special from proton,, bagi kat aku sumer,, jangan lupa,,
Guna Hp pun boleh buat amal jariah !!

Program kutip duit dengan klik sahaja,
 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw