Friday, August 17, 2012

Fasha dan Rizal beraya di luar negara

Pasangan bahagia Fasha dan Rizal
MENEROPONG jauh ke dalam matanya, jelas terpancar sebuah kebahagiaan yang dikecapinya. Meskipun tidak pernah diucap dengan kata-kata, namun meneliti pada gerak tubuh dan gurau senda pasangan sama cantik sama padan ini, tiada apa yang mampu memisahkan mereka lagi. 

Bagi pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan (lihat biodata Fasha Sandha) yang kini hamil dua bulan lebih selepas diakad nikah bersama suami tercinta, Rizal Ashram pada 27 April lalu, setiap saat yang berlalu dalam perkahwinan yang dibina adalah kenangan manis antara mereka berdua.

 Mengenalinya lama dulu dan tidak sekali ketinggalan mengikuti kisah cinta yang ada pada dua insan rendah diri ini yang mula menyemai rasa sayang sejak tujuh tahun lalu, tiada apa yang mustahil untuk menyatukan mereka. Lantas, ikatan yang ada ketika ini, suami isteri dengan episod manis apabila disahkan bakal menjadi ibu dan ayah, Fasha bersama suaminya juga ahli perniagaan berjaya berusia 36 tahun ini sepakat ingin menikmati kesemua detik bersama agar rasa cinta yang ada kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya bahagia dan sentiasa bersyukur dengan apa yang sudah diberikan kepada saya ketika ini. Perkahwinan (Lihat gambar perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal) yang menjadi impian sekian lama, seorang isteri yang memahami dan tidak henti menyokong serta perjalanan kerjaya yang kian cemerlang dan sempurna,” celah Rizal membuka bicara.

Menyatukan suami isteri ini untuk satu sesi fotografi (lihat foto Fasha Sandha diBali) bukanlah kerja mudah kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja yang padat. Si isteri yang masih sibuk menjiwai skrip drama siri Runtun Qalbu di lokasi setiap hari dan suaminya pula penuh dengan komitmen perniagaan dan latihan untuk persiapan mewakili Malaysia dalam pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia bagi kejohanan The Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia.

Usik Fasha, pelakon popular berusia 28 tahun kelahiran Johor Bahru ini, ini adalah pertama kali jadual kerja dan tanggungjawabnya begitu padat hingga tidak mampu memenuhi undangan sesi fotografi media dan temubual televisyen.

“Status isteri itu sudah saya rasai. Bayangkan, sepanjang Ramadan saya begitu sibuk kerana terikat dengan jadual penggambaran setiap hari dan terpaksa membahagikan masa untuk bersama suami. Alhamdulillah setiap hari saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama Rizal walaupun ada kalanya kami terpaksa terkejar-kejar untuk pulang ke rumah atau bertemu di mana-mana.

“Mujur suami memahami dan kami saling menerima antara satu sama lain. Jika ada kelapangan, saya pasti akan masak untuknya namun sekiranya kesuntukan masa, kami hanya akan berbuka di luar saja. Namun sahur adalah kewajipan kami berdua setiap pagi. Syukur suami seorang yang ringkas dan tidak cerewet.

“Dalam pada sibuk, kami berdua masih berpeluang untuk berbuka puasa bersama keluarga kedua-dua belah pihak. Itu lebih manis dan memberikan saya pengalaman baru. Kali ini, saya sudah tidak boleh meletak sepenuh fokus pada keluarga sendiri saja seperti sebelumnya, sebaliknya kali ini saya sudah mempunyai suami dan keluarga mentua pula.

“Inilah yang dikatakan tanggungjawab dan saya begitu seronok melaluinya,” katanya memandang manis sambil membetulkan butang baju suami di sisi.

Lebih menariknya yang menjadi topik utama pertemuan kami petang itu adalah sambutan Aidilfitri pertama mereka sebagai suami isteri.  Baca lebih lanjut disini

Teks Iklan
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...

Cuma beli ubat gigi dapat berlian jom cepat masuk

 kad raya special from proton,, bagi kat aku sumer,, jangan lupa,,
Guna Hp pun boleh buat amal jariah !!

Program kutip duit dengan klik sahaja,
 
Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
Endless programs
Program membekalkan air bersih untuk rakyat Malaysia !

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw