Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Saturday, June 9, 2012

Kubur Lama Kena Gali

Penduduk Kampung Tanjung Pisau-Lalason dekat sini semalam gempar apabila mendapati tiga kubur lama di kampung tersebut berlubang akibat diceroboh dan digali oleh pihak tidak bertanggungjawab.
 
Kubur yang telah berusia lebih 50 tahun dan terletak berhampiran kawasan sungai itu ditemui dalam keadaan baru sahaja digali. Ia disedari oleh beberapa penduduk yang kebetulan menjalankan aktiviti memukat ikan di situ.

Difahamkan, ketiga-tiga kubur itu digali sedalam lebih satu meter dengan beberapa batu nisan dibiarkan berselerak. 

Bagaimanapun, pemeriksaan awal mendapati tulang-tulang si mati tidak hilang.

Seorang penduduk, Abdul Kifli Ghani, 45, berkata, tiga kubur yang digali itu ialah pusara Allahyarham kakaknya dan dua anak saudaranya yang disemadikan sejak tahun 1963.

"Kuburan ini telah lama, namun kami sentiasa datang untuk membersihkannya. 

"Tidak sangka pula ada pihak lain sanggup menggali kubur ini," kata Abdul Kifli ketika ditemui di sini semalam. Sumber

Topik Berkaitan


No comments:

Post a Comment