Tuesday, May 29, 2012

Anjing gila baham gembala lembu

Sekadar gambar hiasan : Ayam betina melawan anjing garang

KLUANG: “Saya hanya meraung apabila melihat abang Mahadi terbujur dalam parit sambil tiga anjing liar sedang lahap membaham kakinya hingga isi paha kanan habis dimakan,” kata adik mangsa, Amanshah Sadri, 25, menceritakan detik memilukan dia menemui jenazah abangnya, pagi semalam. (anjing baham warga asing)

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Amanshah dimaklumkan seorang jiran bahawa abangnya, Mahadi Sadri, 30, yang hilang sejak pagi kelmarin, mungkin berada dalam parit kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru, di sini. (anjing mati kerana merajuk)

Amanshah berkata, Mahadi yang mengembala lembu sejak lima tahun lalu, seperti biasa keluar rumah pada jam 9 pagi kelmarin untuk mengawasi 10 lembu miliknya di ladang kira-kira 50 meter dari rumah mereka. (Pelajar mati kerana merajuk)

Bagaimanapun, katanya, mereka pelik apabila arwah yang juga anak keempat dalam keluarganya tidak pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari. Sumber

Komen : Masaallah. Mesti anjing gila nie (apa itu anjing gila)

Kisah-kisah lain,
Manusia suka makan ovari ?

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw