Sunday, May 6, 2012

Rogol Murid Tahun Tiga Tepi Tangga.

Kejadian Rogol Keatas Murid Sekolah Semakin Menjadi Salah Siapa ? . Sekadar Gambar Hiasan.




ALOR GAJAH: Seorang murid perempuan tahun tiga sebuah sekolah rendah di daerah ini, trauma selepas mendakwa dirogol dan diugut menggunakan senjata tajam oleh remaja berusia 14 tahun di tangga sekolah berkenaan.


Sumber berkata, murid itu menjadi mangsa kerakusan remaja terbabit yang menyelinap masuk ke sekolahnya pada Isnin, Rabu dan Khamis lalu ketika waktu rehat dan selepas tamat sesi pembelajaran.

Mangsa anak sulung daripada dua beradik tinggal di asrama sekolah berkenaan pada tengah hari untuk menyalin pakaian sebelum diambil ibunya selepas tamat sesi persekolahan petang.

“Pada kejadian pertama kira-kira jam 6.30 petang, Isnin, mangsa yang dikatakan sedang menunggu ibunya di kawasan sekolah dihampiri seorang remaja lelaki sebelum dibawa ke tangga sekolah.

“Mangsa dibawa menaiki tangga sebelum remaja terbabit didakwa merogol mangsa di kawasan tangga berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut sumber itu, murid yang menggigil ketakutan cuba menyelamatkan diri namun remaja terbabit menghunuskan senjata tajam dan mengugut akan membunuhnya.

Komen : Dalam kawasan sekolah pun dah tak selamat. Baru berumur 14 tahun sudah pandai merogol !! Masaallah !. Kalau ikut  Seksyen 376, Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh di­hukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat.

Kisah berkaitan 

4 Murid Rogol bergilir-gilir pelajar tahun 1,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw