Saturday, April 11, 2020

Tip Elak Jangkitan COVID19 (CORONA VIRUS)


Covid-19 merupakan jangkitan berasaskan titisan dan boleh disebarkan secara langsung antara manusia atau melalui sentuhan pada permukaan yang telah tercemar.

Covid-19 adalah penyakit berjangkit berbahaya yang boleh merebak melalui titisan cecair daripada hidung dan mulut iaitu pesakit yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan disedut oleh individu yang berdekatan.

 Penyakit ini boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair daripada pesakit mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti tombol pintu dan telefon).

Kajian mendapati Covid-19 dapat hidup di permukaan selama empat hingga lima hari tetapi ada yang dapat bertahan selama sembilan hari di luar tubuh pada suhu bilik manakala suhu rendah dan kelembapan udara yang tinggi terus meningkatkan jangka hayatnya.

Diantara  Tip Elak Jangkitan COVID19 (CORONA VIRUS),

1. Elak atau menangguh untuk mengunjungi negara atau kawasan yang mempunyai jangkitan Covid-19. Kawasan yang mempunyai jangkitan bermaksud kawasan atau negara yang mempunyai rangkaian jangkitan dalam kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh pihak berkuasa awam kebangsaan seperti China, Korea, Jepun, Itali dan Iran.

2. Elakkan daripada berhubung rapat dengan pesakit dan mereka yang mempunyai simptom penyakit.

3. Buat sementara waktu, elakkan kelaziman berjabat tangan dan berlaga pipi.

4. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap basuh tangan terutamanya selepas batuk atau selesema menggunakan air dan sabun antara 15-20 saat. Tisu pakai buang berasaskan alkohol atau pembersih tangan berasaskan gel juga boleh digunakan. Menggunakan penutup hidung dan mulut (protective mask) yang sesuai. Perkara ini sangat penting kerana pengamalan kebersihan mengurangkan risiko penyakit.

5. Amalkan kebersihan diri yang sempurna sepanjang masa seperti menutup mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin dan basuh tangan dengan air dan sabun terutama apabila menyentuh mata, mulut dan hidung. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam bakul sampah selepas menggunakannya.

6. Berehat di rumah jika mengalami selesema, batuk atau demam.

7.Elakkan diri daripada mengunjungi tempat yang sesak dan berisiko tinggi seperti di tempat awam serta majlis keramaian. Jika tiada pilihan, lindungi diri anda dengan pemakaian penutup hidung dan mulut yang sesuai.

8. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini di televisyen, akhbar atau internet.

9. Mendapatkan rawatan segera di kemudahan kesihatan berhampiran sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


Sumber :
*Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia


Sinar Harian , HarakahDaily* Rahsia Kerja DiRumah*

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw