Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Thursday, August 7, 2014

Sarjan Polis Tidak Mengaku Terima Rasuah


Ini kisah di Kuala Lumpur,  Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima dan meminta rasuah daripada seorang ahli perniagaan.
Sarjan Muhamad Sofri Talib, 35, bertugas di Balai Polis Dang Wangi, di sini dituduh melakukan kesalahan itu sebagai dorongan melepaskan anak lelaki ahli perniagaan itu yang ditangkap mengikut Seksyen 324a (menyebabkan kecederaan) dan Seksyen 427 (melakukan khianat) Kanun Keseksaan, dengan ikat jamin polis dan menutup kertas siasatan.
Dia didakwa menerima rasuah RM1,000 di Tingkat 9, Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 12.30 pagi, 2 April tahun lepas dan menerima rasuah RM2,000 di restoran MH Curry House di Cheras pada 10.50 malam, 10 Jun 2013.
Bagi pertuduhan meminta rasuah, Muhamad Sofri didakwa meminta RM2,000 di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Cochrane di sini pada 7.15 malam, 10 Jun tahun lalu.

Kesemua pertuduhan itu mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Muhamad Sofri diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Beliau menetapkan 9 September bagi sebutan semula kes. - Bernama
Iklan Text

No comments:

Post a Comment