Thursday, June 19, 2014

Suami tetak isteri dan teman lelaki awal pagi

Padan muka...ha ha ha tu la gatal sangat `main' dengan bini orang dah patah kaki dan tangan..

Seorang wanita berusia 30-an dan seorang lelaki berusia 19 tahun cedera parah apabila ditetak oleh suami wanita berkenaan dalam kejadian di Jalan Rakyat, Langgar, di Alor Setar hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, suami kepada wanita itu baru sahaja pulang daripada berniaga dan ternampak isterinya bersama dengan lelaki lain dalam rumahnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata suami berusia 29 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.
"Wanita tersebut cedera pada paha kanan akibat terkena senjata tajam dan lelaki itu patah kaki dan tangan dan kedua-dua mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," katanya ketika dihubungi.
Nashir berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Suspek ditahan reman sehingga 24 Jun ini bagi membantu siasatan. 

Iklan Text

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw