Tuesday, June 11, 2013

Model Pengsan Bila Berdiri


SEORANG model terpaksa meneruskan hidup di atas kerusi roda selepas dia pengsan setiap kali cuba untuk berdiri.

Chelsey Reynolds, 22, dari Witham, Essex, yang sebelum ini menjalani kehidupan aktif sebagai jururawat pelatih dan model sambilan terpaksa bergantung kepada kerusi roda beberapa jam sehari.

Dia menderita penyakit yang dikenali sebagai Postural Tachycardia Syndrome (PoTS), menyebabkan kadar degupan jantungnya meningkat setiap kali dia cuba berdiri. 

Disebabkan itu, Reynolds terpaksa belajar berjalan menggunakan lututnya ketika berada di rumah dan sentiasa membawa beg untuk memudahkannya membuang air kecil.

Doktor yang merawat wanita itu juga tidak mengetahui punca sebenar penyakitnya.
"Semua ini terjadi sekelip mata. Kadangkala ketika sibuk bekerja dan berkejar ke sana sini untuk menyiapkan tugasan saya tiba-tiba pengsan.



"Sejak daripada itu, keadaan hidup saya berubah kerana saya tidak boleh berdiri selepas kejadian itu.

"Saya terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan aktiviti harian selain terpaksa belajar menyesuaikan diri merangkak sekitar rumah.

"Saya tidak pernah sakit sebelum ini malah saya juga tidak pernah dimasukkan ke hospital," ujarnya. Menurut Reynolds, kejadian pengsan itu bermula selepas dia bekerja selama 15 jam di wad strok.
 
"Saya tidak mengambil sarapan ketika itu dan saya terfikir mungkin itu penyebab saya pengsan."Kemudiannya, saya pergi ke bilik kakitangan bagi mengambil makanan sebagai alas perut tetapi apabila saya kembali ke wad, saya pengsan semula.
 
"Semua orang berlari ke arah saya sebelum saya dikejarkan ke bahagian kecemasan kerana badan saya tidak bertindak balas ketika itu menyebabkan rakan-rakan mulai panik.

"Ia seperti mimpi tetapi agak menakutkan juga kerana saya sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku," jelasnya. Baca artikel penuh di SINI
 
Iklan Teks 
  1. Join sahaja dapat USD10 percuma tak tipu ..
  2. Sertai pra-pelancaran terbesar didunia 
  3. Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
  4. Senang cari duit disini
  5. Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
  6. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
  7. Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .
  8. Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
  9. Anda mencari produk-produk herba dan kesihatan Jom ke Kedai kami 
  10. JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
  11. BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
  12. Kerja Dari Rumah Yang Tidak Mengecewakan Anda !
  13. Seminggu $5000 Wow !! 
  14. Dapatkan trafik percuma untuk blog/website anda,   
  15. Endless Earning  programs

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw