Saturday, February 23, 2013

Jual Anak Untuk Bayar Rawatan Suami

Baca kisah sedih ini
Beberapa bulan selepas satu keluarga kelaparan terpaksa berpisah dengan anak mereka akibat kemiskinan melampau, seorang lagi wanita di Bihar menjual bayi perempuannya berusia dua bulan pada harga 5,000 rupee (RM284.82) untuk membayar bil perubatan suaminya yang sakit. 

Shama Perveen, penduduk Isopur di Phulwarisharif di sini, menjual bayi perempuannya Nazia kepada penduduk kampung Shehzadi, beberapa hari lalu.

Saya tiada pilihan lain kecuali jual bayi untuk dapat wang membayar rawatan suami," Shama Perveen, Penduduk Isopur

Ibu tiga anak itu terpaksa mengambil tindakan itu selepas tiada siapa membantu suaminya, Sarfaraz yang mengalami sakit dalam perut.

Tiada pilihan

“Saya bertanya hampir semua penduduk sekitar untuk bantuan kewangan tetapi tiada siapa mahu. Saya tiada pilihan lain kecuali jual bayi untuk dapat wang membayar rawatan suami,” kata Shama kepada media kelmarin.

“Saya kini resah selepas jual anak perempuan tunggal saya, namun apa yang dapat saya lakukan? Tiada jalan lain. Jika saya tidak lakukannya, suami saya akan mati.
“Doktor beritahu, dia perlu jalani pembedahan segera yang menelan belanja 5,000 rupee.

“Apabila susah hati, saya jumpa wanita itu untuk lihat bayi saya. Melihatkan bayi itu di pangkuannya, saya lega,” kata Shama.
 
Baca lebih lanjut kisah bapa lelong anak sendiri..
 

Suaminya memperoleh wang dengan melakukan kerja mengecat, namun sejak beberapa bulan lalu, dia mengalami masalah kewangan meruncing kerana terpaksa berhenti kerja akibat masalah kesihatan.

Julai lalu, seorang wanita miskin dari blok Forbesganj di timur daerah Araria di Bihar menjual bayi lelaki empat bulan kepada pasangan Nepal dengan bayaran hanya 62 rupee (RM3.53) oleh kerana keluarga terbabit benar-benar dalam kesempitan hidup. Budak lelaki itu kini masih tidak dapat dikesan. - AGENSI 
 
Baca Ini,
 
Bapa Miskin Jual Anak - Jom tengok gambar
ssss

Iklan Teks 
Share cerita dan berita dapat duit .. sungguh mudah
Senang cari duit disini

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!! Endless Earning  programs,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw