![]() |
Gambar Harith Iskandar. Hensem tak botak ? |
Adakah anda mengalami masalah botak/keguguran rambut serius ? (Ketahui punca-punca botak) dan sedang mengambil ubat Propecia untuk mengatasinya. Awas anda akan bertukar menjadi perempuan.
Ini kerana ubat Propecia dikatakan memberikan kesan sampingan yang mengejutkan disamping , Ia berfungsi dengan
menukarkan hormon testosteron kepada dihidrotestosteron sekali gus
menggalakkan pertumbuhan rambut normal.
Salah seorang mangsa, seorang jurutera perisian komputer dari Tampa,
Florida, Amerika Syarikat (AS), William McKee, 38, mendakwa dia
mengalami perubahan fizikal yang mendadak selepas sembilan bulan
mengambil pil itu.
Menurut McKee, antara perubahan fizikal itu termasuklah penambahan ukur lilit pinggul serta dada.
![]() |
Pil Propecia - Baca sejarah penemuanya |
“Saya dapat merasakan perubahan yang berlaku pada diri saya sejak
mengambil preskripsi itu. Walaupun saya telah berhenti mengambilnya,
kesan pil itu masih ada sehingga ke hari ini.
“Menurut doktor, pil Propecia mampu merendahkan kadar hormon
testosteron sekali gus menyebabkan ciri kelakian saya hilang sedikit
demi sedikit,” kata McKee dalam satu temu bual.
McKee yang mempunyai seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup
bersama bekas isterinya menjelaskan, dia berazam untuk meneruskan proses
transisi itu dan seterus berubah menjadi wanita sepenuhnya.
Lain pula kisahnya dengan seorang lagi lelaki AS, Kevin Malley, 31.
Atas nasihat doktor, dia mengambil pil tersebut selama lebih kurang
lima bulan. Akibatnya keinginan seksnya semakin menurun dan dalam masa
yang sama, saiz alat kelaminnya terus mengecut.
Menurut Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Kesuburan Hospital Pantai
Kuala Lumpur, Dr. Eeson Sinthamoney, pengguna di negara ini seharusnya
tidak mengambil Propecia dalam dos yang berlebihan. Ini kerana wujud
elemen antiandrogen dalam ubat itu yang boleh menjejaskan kesihatan
serta kesuburan kaum lelaki.
“Ciri kelelakian setiap individu bergantung pada jumlah hormon
androgen yang ada padanya. Jenis hormon androgen utama bagi kaum lelaki
dikenali sebagai hormon testosteron.
“Masalah keguguran rambut yang dialami oleh kaum lelaki pula sangat
berkait rapat dengan penghasilan hormon androgen yang terlalu tinggi di
dalam tubuh.
“Jadi, apabila hormon androgen meningkat, kadar pertumbuhan rambut
pula akan semakin berkurangan,” jelas Eeson mengenai sebab berlakunya
masalah keguguran rambut dalam kalangan lelaki.
Mengulas lanjut mengenai kesan positif Propecia, Eeson berkata,
apabila pesakit mengambil pil itu, kandungan antiandrogen yang ada di
dalamnya mampu menyeimbangkan hormon androgen sekali gus memulihkan
masalah keguguran rambut.
“Kerana itu pesakit disarankan supaya mengambil pil Propecia dengan
dos dan mengikut kadar masa yang telah ditetapkan,” katanya.
Eeson menambah, apabila seseorang pesakit itu mengamalkan pengambilan
pil ini secara berterusan ataupun mengambilnya secara berlebihan, tahap
kesuburannya pasti akan terjejas, penghasilan sperma berkurangan
manakala ciri kewanitaan mula kelihatan.
“Secara logiknya, apabila hormon yang membawa ciri kelelakian
berkurangan di dalam tubuh, maka kecenderungan seksual dan keadaan
fizikal turut berubah.
“Justeru, sebelum bercadang untuk mencuba sebarang jenis ubat-ubatan,
individu yang mengalami masalah rambut gugur perlu mendapatkan nasihat
pakar terlebih dahulu,” jelas Eeson. Untuk artikel penuh di Kosmo
Nota : He he he abang botak, jadi perempuan auwwwww !
Iklan Teks
Senang cari duit disini
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .
Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga
Borong!!
Mencari `Referral' Senang jer. Jom tengok caranya
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Dapatkan 1,000,000 traffic percuma .
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TEWAS SETIAP MALAM!
BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
Endless Earning programs, BERSEDIA UNTUK KELIHATAN SEKSI DAN MENAWAN DI MATA SUAMI...
No comments:
Post a Comment