Monday, November 26, 2012

Ratu Cantik Edar Dadah


Ratu cantik Mexico Maria Susana Flores Gamez - Lihat gambar lain.
CULIACAN (Mexico): Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam.

Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya. 

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.

“Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tepi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan," katanya. Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu. - Berita asal

Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak sehingga beberapa jam. Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap. Ikuti berita selanjutnya disini.- Berita asal
  
Iklan

Dapatkan Barangan Kesihatan & Kecantikan Dengan Harga Borong!!
Endless Earning  programs,

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw