Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Monday, August 6, 2012

Heboh Hantu Naik Kapal Terbang !!


Komen : Ini kisah  pula, kisah hantu pergi melancong dengan kapal terbang Air Asia (hantu ini spesis yang tak boleh terbang dan tak payah bayar tiket - tau naik free jer) untuk ke London nak pergi Olimpik kot !! he he !! .

Miri - Lelaki yang terjun dari pesawat AirAsia malam Jumaat lalu mendakwa dia terlihat kelibat bayangan 'hantu' dalam pesawat tersebut sebelum nekad meninggalkan teman wanitanya dan terjun ke atas landasan Lapangan Terbang Miri di sini.
 
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Chong, 24, mendakwa, kehadiran bayangan 'hantu' yang mengganggunya itu menyebabkan dia ketakutan dan mengambil keputusan bertindak keluar dari pesawat berkenaan.

Menurut lelaki itu, tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, dia terus membuka pintu kecemasan disebabkan permintaannya untuk turun daripada penerbangan itu tidak dibenarkan oleh anak kapal bertugas.

"Semasa pesawat bersedia untuk berlepas, tiba-tiba saya ternampak kelibat makhluk aneh seakan-akan hantu hadir mengambil tempat penumpang.

"Disebabkan bimbang sesuatu tidak diingini berlaku semasa penerbangan memandangkan permintaan saya tidak dipedulikan pramugari bertugas, saya tiada pilihan lain melainkan terjun dari pesawat," katanya ketika ditemui di Hospital Miri di sini semalam.
Saya `HANTU' lipstik !! 10 perkara pelik tentang lipstik

Menceritakan lebih lanjut, Chong yang merupakan seorang staf AirAsia memberitahu, ketika mula memasuki pesawat, keadaan adalah tenang sebelum dia mengambil tempat duduk bersama teman wanitanya.

Bagaimanapun, ketika sedang melalui lorong untuk mencari tempat duduknya, tiba-tiba dia berasa sesuatu yang tidak menyenangkan lalu menoleh ke belakang pesawat sebelum melihat suatu kelibat hitam yang menakutkan di situ. Sumber : Kosmo

Pesanan Dari hantu


Topik berkaitan 

2 comments:

  1. erm...kan bulan puasa..mana ada hantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nurul barakah..itu hantu jadi-jadian

      Delete