Rakan2, Teknik terbaru LETOPKAN Biz On9 anda, tanpa perlu citer produk, kita hanya perlu promote link jer, system akan susun network kita secara Auto, PELIK kan? PENDAFTRAN PERCUMA SILA KLIK : INI :

Tuesday, March 6, 2012

Rasul Melayu Menangis !




Salam anda ingat lagikah kepada lelaki diatas ? Beliau ialah Abdul Kahar Ahmad pesara Zoo  negara yang mengaku sebagai Nabi. Sah 100% sesat. `Ya Allah' dia nie hilang akal atau nak glamor ?? Ikuti kisah dibawah ini,
 
SHAH ALAM: Lelaki yang pernah menggemparkan negara kerana mendakwa dirinya ‘Rasul Melayu’, Abdul Kahar Ahmad, kekal dipenjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan selepas Mahkamah Rayuan Syariah di sini, semalam menolak rayuan yang dikemukakan olehnya untuk mengenepikan hukuman itu. Hukum orang mengaku nabi selepas nabi muhammad S.A.W

Keputusan itu dibuat tiga panel hakim yang dipengerusikan Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusop Che Teh dan Datuk Aidi Moktar selepas mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam penghakiman hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan itu pada 21 September 2009.

“Setelah diteliti alasan rayuan, rekod-rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan rayuan perayu ditolak,” katanya.

Sebaik hakim memutuskan demikian, anak-anak Abdul Kahar dilihat menangis sehingga ke luar mahkamah sambil berpelukan. 






Abdul Kahar, 62, yang mengaku bersalah terhadap lima tuduhan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, turut diperintahkan menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman, Hulu Yam Baharu pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.

Abdul Kahar dihukum penjara tiga tahun dan enam sebatan bagi tuduhan mengikut Seksyen 7, iaitu menjelaskan doktrin palsu dengan menyatakan bahawa sembahyang hanya cukup sekadar mencegah daripada membuat perkara keji dan mungkar saja dan ibadat haji adalah sia-sia dan merugikan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 8 (a) kerana mengisytiharkan diri Rasul Orang Melayu sedangkan pengisytiharan itu palsu serta bertentangan ajaran Islam, tertuduh dihukum penjara dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara.

Tertuduh juga dihukum penjara masing-masing dua tahun dan denda RM4,500 atau setahun penjara bagi kesalahan mengikut Seksyen 10 kerana mempersendakan Islam dengan perkataan amalan yang berhubung dengan agama Islam serta tuduhan mengikut Seksyen 13 kerana menyebarkan pendapat yang bertentangan dengan fatwa. Siapa penyanyi yang taksub dengan rasul melayu?.

Bagi tuduhan mengikut Seksyen 12 iaitu menghina pihak berkuasa agama dengan mengingkari dan melanggar arahan mufti, Abdul Kahar dihukum penjara setahun dan denda. Beliau yang sebelum ini pernah  beraya dipenjara.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kelima-lima kesalahan itu dijalankan secara berasingan berkuat kuasa dari tarikh ditahan pada 16 September 2009. Sumber : Metro 

Kisah berkaitan,

1 comment:

  1. Allah maha besar,Dia boleh ubah hati seseorg..mati dlm keadaan hina atau bahagia..dalam quran ada ayat Allah menguji setiap manusia utk tahu sejauh mana seseorang manusia itu beriman..cubalah saudara ku semua,aku berseru kwn semua kawan,cuba cari dan baca wasiat terakhir Nabi saw,salah satu wasiatnya ,tiada nabi lagi sesudah baginda..

    ReplyDelete