Friday, February 10, 2012

Putus Tangan Gara-gara Berhutang RM500


Alahai kasihannya dia, dek kerana hutang RM500 tangan melayang ! Ini mesti along  bukit beruntung punya kerja ..

Seorang pekerja kontraktor putus tangan kiri selepas dipercayai diserang sekumpulan lima lelaki berhampiran Pangsapuri First Garden, Silibin, kelmarin.

Lebih malang lagi, beberapa bahagian badannya termasuk muka turut cedera akibat diserang kumpulan lelaki terbabit.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nantha Kumar, 41, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB) akibat kecederaan tersebut.

Pihak HRPB juga gagal menyambung tangan kiri mangsa yang putus akibat serangan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 8.30 malam berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, selepas menerima laporan sebuah unit peronda polis (MPV) bersama pegawai penyiasat dihantar ke kawasan kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Ketika tiba di tempat kejadian pihak kami mendapati terdapat seorang lelaki cedera parah dipercayai diserang menggunakan senjata tajam.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyerang mangsa akibat masalah yang berkaitan dengan dadah.

“Bagaimanapun, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu berjaya ditahan di kawasan perumahan dekat Buntong jam 9.45 pada malam yang sama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, suspek dan mangsa masing-masing mempunyai rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Pihak polis juga sedang mengenal pasti dan mengesan beberapa individu yang terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa yang hanya dikenali sebagai Susilawaty, 40-an ketika ditemui di HRPB turut menceritakan detik cemas yang menimpa suaminya.

Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, suaminya diserang sehingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, suaminya sempat memberitahu dia diserang lima lelaki menaiki kereta menggunakan pisau.

“Seminggu sebelum kejadian, memang ada beberapa individu datang meminta wang RM500 daripada suami.

“Bagaimanapun suami saya merayu diberikan tempoh masa sedikit masa lagi untuk membayar hutang itu memandangkan pekerjaan dan gajinya yang tidak menentu.

Menurutnya, dia terkejut apabila suaminya diserang sebelum dihantar ke HRPB untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

“Sekarang siapa yang akan menanggung kehidupan keluarga kami memandangkan tangan suami saya sudah kudung,” katanya yang sedih akan kejadian tersebut.  


Kisah-Kisah Putus - Putus Tangan,

Putus Dek Tangan Gara Mesin Basuh
Putus Tangan Kerana Main Tarik Tali ,  
Putus Tangan Masuk Kereta
Putus Tangan Dilibas Perompak
Putus Tangan Pekerja Kontrak

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw