Thursday, December 22, 2011

Duda Curang Tukul Janda

Seorang janda beranak dua cedera di muka dan leher akibat dibelasah dengan tukul besi oleh teman lelakinya di khalayak ramai ketika mereka bertengkar di sebuah pusat beli-belah di sini, petang semalam.

Kejadian jam 2.30 petang itu berpunca daripada rasa tidak puas hati lelaki terbabit apabila teman wanitanya itu meminta dia mengembalikan kunci rumah. Namun, wanita itu bernasib baik kerana hayunan tukul teman lelakinya tidak kena ke mukanya kerana dia mengelak. Sebelum kejadian, mangsa yang berusia 31 tahun terserempak teman lelakinya bersama seorang wanita lain di pusat beli-belah itu menyebabkan tercetus pertengkaran.

Ketika ditemui, mangsa yang meminta namanya dirahsiakan berkata, teman lelakinya berusia 45 tahun yang juga duda lima anak bertindak luar kawalan dengan mengambil tukul dalam kereta dan memukulnya apabila dia meminta semula kunci rumahnya.

“Saya menjalin hubungan dengan dia sejak tiga tahun lalu dan kami tinggal bersama di rumah saya di Batu 5, Jalan Matang. Apabila mengetahui dia sudah ada kekasih lain, saya mahu dia menyerahkan kembali kunci rumah saya,” katanya.

Mangsa berkata, selepas diserang lelaki terbabit, dia memandu keretanya ke Balai Polis Padungan untuk membuat laporan apabila mendapati lelaki terbabit masih tidak berpuas hati dan mengekorinya. Sumber

No comments:

Post a Comment

Allcoins.pw