Kuala Lumpur : Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan Flat Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd. Iman Danish Razmi mati di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah pada kepala dan badan.
Difahamkan, mangsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama dengan ibu serta neneknya sejak dilahirkan.
Menurut nenek mangsa, Siti Mariam Junit, 61, sebelum kejadian, Mohd. Iman dikatakan sedang menonton televisyen di rumahnya di tingkat tujuh.
Katanya, Mohd. Iman kemudian meminta izin untuk keluar bermain bersama kawan-kawannya dan dia sempat berpesan kepada mangsa supaya berhati-hati.
“Tidak lama kemudian, ada jiran datang memberitahu cucu saya jatuh. Saya terkejut dan terus bergegas ke tingkat satu tempat dia jatuh.
“Bagaikan hendak luruh jantung apabila melihat cucu terbujur kaku dalam keadaan berlumuran darah,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui di rumahnya di sini semalam
Untuk Artikel Penuh : KOSMO
No comments:
Post a Comment